JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat mahu masalah miskin bandar di Parlimen Pulai diatasi selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan yang mahu menoktahkan kemiskinan.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, punca masalah miskin bandar perlu dikenal pasti, dan ia antaranya disebabkan oleh faktor kesihatan dan kurangnya peluang mendapatkan pekerjaan.
Justeru, beliau berpandangan masalah tersebut memerlukan pendekatan berbeza untuk diselesaikan bagi mengeluarkan kumpulan berkenaan dari kelompok miskin bandar.
"Masalah kesihatan contoh, dia pernah mengalami kemalangan dan isteri pula sukar (bekerja) sebab sakit. Mereka tidak mempunyai pendapatan tetap kerana kesukaran untuk bekerja.
"Jadi peranan ini tidak dapat dielak, maknanya pihak kerajaan (perlu) membantu dia dalam konteks kebajikan dan mungkin juga bantuan-bantuan tambahan lain supaya mendapat pendapatan yang mencukupi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Ambang Merdeka di Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pengkalan Rinting, di sini.
Mengulas lanjut, Suhaizan berkata bagi mereka yang tidak mendapat peluang pekerjaan pula, kumpulan itu wajar diberikan latihan bagi meningkatkan kemahiran.
"Kalau mereka mampu bekerja, kita tingkatkan kemahiran mereka supaya ada kemahiran tertentu yang unik dan (memenuhi) pasaran serta mendapat pekerjaan yang baik.
"Selain itu, saya kira banyak polisi kerajaan sekarang ini ke arah meningkatkan tahap gaji rakyat seperti yang disebut oleh (Menteri Ekonomi), Rafizi Ramli iaitu kerajaan berusaha untuk tingkatkan gaji," katanya lagi.
Sementara itu, Suhaizan menambah usaha memupuk rasa cinta kepada negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada aktiviti kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.
Ujarnya, perbezaan politik tidak sepatutnya menghalang masyarakat untuk meraikan hari bersejarah negara itu.
"Kita rasa perlu rakyat difahamkan tentang kepentingan menyambut kemerdekaan ini atas usaha yang telah dijayakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan.
"Generasi baharu perlu faham tentang pengorbanan mereka supaya ada dalam diri mereka rasa sayang kepada negara.
"Saya tengok di bawah ini (rakyat) mereka gembira. Kadang-kadang mereka bersama dengan PH dan ada masa dia gembira dengan Perikatan Nasional (PN)," katanya.
Kerusi Parlimen Pulai pada 9 September ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara Suhaizan; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar; serta calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 30 2023

Suhaizan (belakang, tengah) bergambar bersama peserta cilik yang menyertai pakaian beragam dan basikal berhias ketika menghadiri program sempena sambutan Hari Kebangsaan Komuniti Rukun Tetangga Kampung Pengkalan Merin Pulai hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

PRK Pulai: Calon PH puas hati perjalanan proses undi awal
Calon PH Suhaizan Kaiat berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal PRK Parlimen Pulai yang berlangsung hari ini.

PRK Pulai: Pecutan akhir kempen calon PH dekati pengundi anak muda
Berbaki lima hari tempoh berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat menumpukan kempen kepada usaha mendekati golongan pengundi muda.

PRK Pulai: MIC gerak 3,000 jenteranya bantu kemenangan calon PH
Katanya, terdapat 20,508 atau 12.31 peratus pengundi India di Parlimen Pulai yang signifikan untuk membantu kemenangan Suhaizan.

PRK Pulai: Punca masalah miskin bandar perlu dikenal pasti - Suhaizan
Masalah tersebut memerlukan inisiatif berbeza untuk diselesaikan bagi mengeluarkan kumpulan berkenaan dari kelompok miskin bandar.

PRK: Teori jika PN menang di Pulai, akan tukar Kerajaan Pusat tidak munasabah - Suhaizan
Suhaizan Kaiat menyelar dakwaan itu selain menyifatkan dakyah yang dibawa pihak lawan itu, hanya cuba untuk mengelirukan rakyat.

PRK Pulai: Kempen calon PH dekati akar umbi UMNO
Kempen jentera PH pada PRK Parlimen Pulai tumpu kepada usaha memperkukuh kesepaduan umbi parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

PRK: Tempoh kempen bermula, calon atur strategi pikat pengundi
SPR menetapkan 5 Sept sebagai hari pengundian awal, manakala 9 Sept hari mengundi.

Ahmad Zahid, Hamzah Zainuddin iring calon PRK Pulai
Ahmad Zahid bersama rombongan penyokong Kerajaan Perpaduan berarak bersama calon ke pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi.

Suhaizan yakin tawan parlimen pulai jika lebih 70 peratus keluar mengundi
Bakal calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat yakin dapat menawan kerusi itu sekiranya peratusan yang keluar mengundi adalah melebihi 70 peratus.