JOHOR BAHRU: Berbaki lima hari tempoh berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat menumpukan kempen kepada usaha mendekati golongan pengundi muda.
Suhaizan berkata bagi pecutan akhir kempen, beliau bersama jentera PH-Barisan Nasional (PH-BN) akan mempergiat aktiviti menyantuni pengundi muda kerana golongan tersebut dianggap sebagai faktor kemenangan gabungan itu pada PRK berkenaan
Beliau berkata selain itu, jenteranya akan terus bertemu dengan pengundi pelbagai lapisan masyarakat dan menziarahi kawasan yang dikenal pasti boleh menjadi kubu kuat PH-BN.
"Saya telah berkempen meliputi 70 peratus Parlimen Pulai dan hari ini, saya bertemu pula dengan kumpulan veteren UMNO Johor di Pulai.
"Saya amat terharu dengan sokongan veteran UMNO kerana mereka adalah ahli kuat UMNO dan pengaruh mereka khususnya untuk menarik sokongan pengundi muda amat hebat... saya yakin dengan sokongan veteran UMNO, kita mampu pertahankan kemenangan PH di sini," katanya.
Suhaizan berkata demikian kepada pemberita selepas program bersama veteran UMNO Bahagian Pulai di Taman Kemas di sini hari ini.
Pada PRK Parlimen Pulai, beliau berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan calon Bebas iaitu Samsudin Mohamad Fauzi.
PRK bagi Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram diadakan serentak susulan kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi diadakan serentak dengan pengundian awal esok dan hari mengundi pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Berbaki lima hari tempoh berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat menumpukan kempen kepada usaha mendekati golongan pengundi muda. - BERNAMA

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus
Polis selesai merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya bahawa haram mengundi calon PH.

PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.

PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu

PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB
Kalau nak cari 'baju Johor', Bazar Karatlah tempat perlu dituju.

PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.

PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan
Semua pengundi luar kawasan bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.

Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution
Tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai adalah akibat terpengaruh dengan Pas.

PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu dibuat Muhyiddin pada Sabtu lepas (2 Sept).