JOHOR BAHRU: Sebaik tamat tempoh proses penamaan calon pada pukul 10 pagi tadi, calon-calon yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kini mula ligat melaksanakan strategi untuk memikat pengundi.
Bagi Naib Pengerusi Amanah Negara (Amanah) Johor Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH), tempoh kempen selama 14 hari akan digunakan sebaiknya untuk mendekati pengundi dan mendengar keluh kesah mereka bagi membolehkannya melakar kemenangan pada 9 Sept nanti.
Suhaizan yang kali ketujuh memasuki gelanggang pilihan raya sebagai calon juga percaya gabungan kekuatan jentera PH-BN (Barisan Nasional) mampu memberikan momentum terhadap kempennya sekali gus membolehkan PH mengekalkan kemenangan di kawasan yang disandang oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.
"Kali ini saya lebih bersemangat dan lebih meyakinkan (untuk menang)... insya-Allah ia akan diterjemahkan pada kertas undi pada 9 Sept nanti.
"Kita (BN-PH) tidak pernah ada sejarah kerjasama berkempen bersama dalam dua kelompok besar, ini kali pertama di Johor khususnya berdepan pada PRK ini," katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru di sini hari ini.
PRK Parlimen Pulai menyaksikan Suhaizan menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan seorang calon Bebas iaitu Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi.
Sementara itu, Zulkifli, 50, berkata tugasnya dalam PRK kali ini bukan sekadar membawa nama parti dan dirinya, tetapi juga legasi mentornya iaitu Menteri Besar Johor ke-16 Allahyarham Datuk Osman Sapian.
Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai yang juga ahli perniagaan itu berkata beliau akan menggunakan pengalaman sebagai ahli perniagaan dalam bidang logistik dan pengangkutan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi menerusi perniagaan.
"Selain itu, saya juga mahu memberikan fokus terhadap kesejahteraan rakyat dan apa perkara yang dilihat kurang diambil perhatian di Pulai, akan diambil perhatian," katanya.
Bagi calon Bebas di Parlimen Pulai, Samsudin yang bertanding dengan menggunakan logo kunci pula mempunyai visi untuk membawa suara rakyat terutama dalam isu kenaikan harga barang dan kes-kes penipuan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, Samsudin 47, pernah bertanding juga atas tiket sama di Parlimen Putrajaya.
Senarai rasmi calon yang bertanding pada PRK Parlimen Pulai itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Pulai Miswan Yunus.
Di MUAR, perebutan kerusi DUN Simpang Jeram turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman, calon PN iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya dan calon Bebas yang merupakan ahli perniagaan, S.Jeganathan.
Nazri yang pernah berkhidmat dengan Salahuddin, mahu mendekati pengundi dengan melaksanakan kempen yang bersih dalam suasana harmoni, tanpa menyentuh apa-apa isu berkaitan 3R (kaum, agama dan raja).
"Hasrat saya agar tiada provokasi dan segalanya berjalan dengan baik dan mudah-mudahan diberi kemenangan," katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Mazri, 54, yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga berharap agar calon dan jentera parti dapat bersaing dengan sihat, selain memuji kelancaran proses penamaan calon yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Calon Bebas, Jeganathan yang bertanding menggunakan logo gajah turut menyuarakan nada sama dan yang mahukan semua pihak yang berkempen tidak menyentuh isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.
SPR menetapkan PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan serentak susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya itu menetapkan 5 Sept sebagai hari pengundian awal, manakala 9 Sept hari mengundi.
Berdasarkan data SPR setakat 23 Julai lepas, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Tiga calon yang akan bertanding bagi Parlimen P161 Pulai (dari kiri) iaitu Suhaizan Kaiat (PH), Calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi, dan Zulkifli Jaafar (PN). -Bernama
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.
PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.
PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.
PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.
PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.
PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.