JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Kerajaan Perpaduan, Suhaizan Kaiat bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, hari ini.
Ahmad Zahid yang berbaju korporat BN bersama rombongan penyokong Kerajaan Perpaduan berarak bersama calon ke pusat penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu pada 8.45 pagi.
Turut mengiringi calon, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan.
Sepanjang perarakan, kumpulan merah-biru tua daripada Kerajaan Perpaduan itu turut mengibarkan bendera parti-parti dalam gabungan itu selain melaungkan takbir serta slogan "Kerajaan Perpaduan" dan "Malaysia MADANI".
Sementara itu, bagi pihak Perikatan Nasional (PN), Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa pemimpin bersama penyokong PN hadir mengiringi calon mereka, Zulkifli Jaafar.
Suhaizan merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon pada 8.45 pagi diikuti Zulkifli pukul 8.46 pagi dan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas pada 8.50 pagi.
Suasana di pekarangan pusat penaman calon juga "hangat" dan meriah dengan sorakan penyokong daripada setiap parti politik selain membawa sepanduk dan bendera sebagai simbolik solidariti bersama calon.
Bagi menjamin kelancaran serta keselamatan, sebanyak 2,500 anggota dan pegawai polis ditugaskan di sini termasuk memasang penghadang serta kawat berduri bagi memisahkan kumpulan parti politik serta mengelakkan sebarang konfrontasi dan provoksi antara kumpulan itu.
Sementara itu di MUAR, calon Amanah yang mewakili gabungan BN-PH (Pakatan Harapan), Nazri Abdul Rahman tiba di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim kira-kira 9.05 pagi.
Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Turut hadir mengiringi Nazri ialah Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin daripada DAP.
Terdahulu, Nazri bersama kira-kira 1,000 penyokong yang memakai pakaian parti berwarna merah dan biru, berarak sejauh 800 meter di sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan, sambil melaungkan "Kerajaan Perpaduan."
Dalam pada itu, calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Mazri Yahya tiba kira-kira 9 pagi di pusat penamaan, diiringi Pesuruhjaya Pas, Johor Abdullah Hussin.
Proses penamaan calon bermula 9 pagi tadi dan calon-calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
![Ahmad Zahid, Hamzah Zainuddin iring calon PRK Pulai Ahmad Zahid, Hamzah Zainuddin iring calon PRK Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693014572_PRKPULAI.jpg)
Dari kiri Mohamed Khaled Nordin, Mohamad Sabu dan Ahmad Zahid Hamidi bersama penyokong Kerajaan Perpaduan mengiring Suhaizan Kaiat (tengah) ke pusat penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu pada 8.45 pagi.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
![Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740143869_NaimMokhtar.jpg)
Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
![Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695090746_SuhaizanKaiat.jpg)
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694917783_ZulkifliJaafar.jpg)
Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.
![PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694147132_JAROkraftangan.jpg)
PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
![PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694139358_calonPH.jpg)
PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.
![PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689219421_ProgramJualanRahma.jpg)
PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
![PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693887506_PRKPULAI.jpg)
PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.
![PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693466426_TBZulkifliJaafar.jpg)
PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.
![PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693887655_TBKPJohor.jpg)
PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.
![PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693885340_AbdulGhaniSalleh.jpg)
PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.
![PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693867818_TBPRKJohor.jpg)
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.