JOHOR BAHRU: MIC akan mengerakkan jenteranya melibatkan kira-kira 3,000 ahli bagi memberi sokongan dan membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, pada 9 Sept ini.
Naib Presiden MIC Datuk M Asojan berkata terdapat 20,508 atau 12.31 peratus pengundi India di Parlimen Pulai yang signifikan untuk membantu kemenangan calon yang mewakili gabungan PH-Barisan Nasional (BN) itu.
Bagaimanapun, beliau mengakui undi masyarakat India bukan penentu atau 'king maker' dalam pilihan raya itu, jika undi masyarakat Melayu atau Cina berpecah.
"Kalau nak kata kita 'king maker' secara terbuka tidak boleh kerana ini adalah PRK dan keputusan akan bergantung pada peratusan keluar mengundi. Mana-mana kaum sekiranya jumlah peratusan mengundi mereka rendah, ia akan menjejaskan keputusan nanti.
"Namun, jumlah pengundi India adalah signifikan dan kita akan berusaha memastikan sekurang- kurangnya 50 peratus daripada mereka keluar mengundi pada 9 Sept ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu komuniti India di Pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan India Berdaftar Negeri Johor (GAPPIN) di sini malam tadi.
Berhubung sokongan yang ditunjukkan masyarakat India di Parlimen itu terhadap Suhaizan, Asojan berkata beliau yakin sokongan padu akan diberikan berikutan komitmen yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu menangani masalah kaum itu dalam masa setahun termasuk soal kemiskinan.
"Memang ada rasa tidak puas hati dalam beberapa perkara termasuk isu baru-baru ini, ia memang menjadi keraguan dan kemusykilan dalam kalangan jentera MIC, tetapi Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran telah beri penerangan agar kita terus menyokong Kerajaan Perpaduan.
"Ini kerana janji yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri (kepada masyarakat India) iaitu beliau akan pastikan permasalahan dan perkara berbangkit berkaitan masyarakat India diambil kira, beliau minta tempoh setahun jadi kita percaya janji beliau," katanya.
Pada 2 Ogos lepas, Anwar dilapor akan mengkaji permintaan MIC agar wakil daripada parti itu dapat diberi peranan lebih besar dalam kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023

Asojan menerima kalungan bunga malai selepas mempengerusikan mesyuarat Persekutuan Persatuan-persatuan India Berdaftar Negeri Johor di Bangunan Dewan Perniagaan India, Larkin, Johor Bahru pada Khamis. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus
Polis selesai merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya bahawa haram mengundi calon PH.

PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.

PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu

PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB
Kalau nak cari 'baju Johor', Bazar Karatlah tempat perlu dituju.

PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.

PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan
Semua pengundi luar kawasan bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.

Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution
Tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai adalah akibat terpengaruh dengan Pas.

PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu dibuat Muhyiddin pada Sabtu lepas (2 Sept).