JOHOR BAHRU: Bakal calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat yakin dapat menawan kerusi itu sekiranya peratusan yang keluar mengundi adalah melebihi 70 peratus.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata peratusan keluar mengundi yang kurang daripada jumlah tersebut akan menjadi cabaran paling besar yang perlu dihadapi Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Naib Pengerusi Amanah Johor itu berkata parti-parti gabungan PH akan membantu dalam berkempen dan mencari langkah untuk mengajak orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada 9 Sept nanti.
"Jumlah keluar mengundi akan menjadi antara cabaran besar untuk kita, saya yakin kita akan berpeluang menang sekiranya peratusan keluar mengundi lebih daripada 70 peratus.
"Saya telah menumpukan kepada kawasan Pulai sejak dahulu lagi dan telah ada keserasian selain membantu masyarakat di situ. Respons masyarakat ketika ini saya lihat adalah baik, jadi harap rakyat dapat memilih calon terbaik," katanya pada sidang media selepas bertemu komuniti India di Kuil Arulmigu Raja Mariamman di sini hari ini.
Suhaizan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran besar yang perlu dihadapi pada PRK Parlimen Pulai.
Pada masa sama, Ketua Amanah Kawasan Pulai sejak 2015 itu berkata beliau sudah berjumpa dengan Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini dan meminta bantuannya untuk turut sama berkempen sekali gus menggerakkan 18,000 ahli UMNO di kawasan tersebut.
Ditanya mengenai calon Perikatan Nasional iaitu Zulkifli Jaafar, Suhaizan berkata beliau tidak mahu memperkecilkan lawannya meskipun tidak mengenali Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai itu secara peribadi.
Katanya beliau menghormati Zulkifli dan berharap mereka dapat bersaing secara baik.
PRK itu dilaksanakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 26 Ogos depan, pengundian awal pada 5 Sept manakala 9 Sept sebagai hari mengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Bakal calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat yakin dapat menawan kerusi itu sekiranya peratusan yang keluar mengundi adalah melebihi 70 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.

PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.

PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.

PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.

PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.

PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.