CYBERJAYA: Adalah masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, juga tidak adil untuk melabel agenda reformasi sebagai gagal, ketika tempoh pentadbiran kerajaan belum pun memasuki usia setahun.
"Tempoh pentadbiran kerajaan masih baharu, jadi ada agenda reformasi yang belum dilaksanakan.
"Berilah masa, selepas satu penggal kita buat penilaian. Saya rasa premature untuk cakap reformasi sudah mati," katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan pameran InnoEx by Cyberview, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa reformasi telah mati susulan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa bebas daripada tuduhan rasuah.
Ahmad Zahid sebelum ini dilepas tanpa dibebas daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau.
Dakwaan yang sama juga dikeluarkan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, ketika kempen Pilihan Raya Negeri, baru-baru ini, yang menyentuh tentang pemilihan Ahmad Zahid sebagai pemimpin kedua negara.
Chang juga enggan mengulas panjang ketika ditanya adakah pembebasan Ahmad Zahid akan memberi kesan terhadap sokongan pengundi Cina dalam pilihan raya kecil (PRK) di Pulai dan Simpang Jeram hari ini.
"Tengoklah nanti. Hari ini kita akan tahu," katanya.
Madiha Abdullah
Sat Sep 09 2023

Chang berkata tidak adil untuk melabel agenda reformasi sebagai gagal. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.

CAF 2024: Perdagangan antarabangsa perlukan reformasi segera - PM Anwar
Sistem perdagangan antarabangsa memerlukan reformasi segera kerana masih terdapat beberapa amalan perdagangan yang tidak adil.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

100 hari pelantikan KSN: Shamsul Azri perkukuh agenda reformasi perkhidmatan awam
Dilantik secara rasmi pada 12 Ogos, beliau menerima arahan pertamanya pada malam pengumuman pelantikan pada 7 Ogos.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.

Gerakan reformasi lalui pelbagai dugaan dalam tempoh 26 tahun - Fahmi
"Tiada sahabat atau musuh yang kekal, hanya kepentingan bersama, iaitu keadilan untuk rakyat," kata Fahmi Fadzil.

Kabinet baharu Thailand janji terus reformasi ekonomi, penambahbaikan kesihatan
Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan baharunya akan memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dan memperbaiki penjagaan kesihatan.

PM mahu langkah reformasi pentadbiran awam dilaksanakan segera
Anwar berkata, bulan September ini dijangka menjadi bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.

Keperluan mendesak laksana reformasi perkukuh keselamatan pekerja
Terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi keselamatan secara menyeluruh di semua industri.