BALING:Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara Pas, UMNO dan Perikatan Nasional (PN) tidak mewakili pendirian sebenar parti UMNO.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa sebarang kenyataan rasmi berhubung urusan berkenaan terutama membabitkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan UMNO hanya boleh dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau turut menegaskan bahawa pembentukan MN adalah sebagai wawasan ke arah penyatuan ummah, dan sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang mempunyai wawasan yang sama.
"Saya kira Asyraf Wajdi bukan Presiden UMNO, biar Presiden UMNO yang buat kenyataan tu, sebab Pas sendiri, Ketua Pemuda Pas tidak pernah buat kenyataan seperti itu, jadi saya rasa kenyataan tu bukan mewakili UMNO. Saya tidak perlu komen.
"(Kerjasama) Muafakat Nasional masih berterusan, setiap bulan kita akan bermesyuarat, jadi Muafakat Nasional adalah satu wawasan. Dia macam 1Malaysia, jadi Muafakat Nasional itu (adalah) wawasan penyatuan ummah, dia bukan satu parti politik, gabungan politik tetapi wawasan yang sentiasa hidup, UMNO dan Pas dan mana pihak yang menerima penyatuan ummah tu boleh menerima Muafakat Nasional," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang diPertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah di Pejabat Daerah Baling, pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya masih melakukan perbincangan bersama UMNO dan Perikatan Nasional berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Tambahnya, sebarang keputusan rasmi berkaitan perkara berkenaan hanya akan diputuskan selepas Parlimen dibubarkan kelak.
Takiyuddin turut menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga ketika ini bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRU-15 yang dijangkakan berlaku dalam masa terdekat.
Pada Jumaat, Asyraf Wajdi menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa perbincangan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di antara UMNO dan Pas tidak lagi membabitkan dua parti itu kerana Pas sudah secara rasmi menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai parti komponen.
Menurut beliau, kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan PN untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak akan banyak bergantung kepada soal persefahaman dalam pengagihan kerusi.
Abd Hadi Che Awang
Sun Dec 20 2020
Takiyuddin turut menegaskan bahawa pembentukan MN adalah sebagai wawasan ke arah penyatuan ummah, dan sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang mempunyai wawasan yang sama. - Gambar fail
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
Ahmad Zahid terbuka dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
PRU16: Kerjasama BN, PH perlu dimuktamad lebih awal - Penganalisis politik
Akar umbi perlu memahami 'roh' sebenar yang mahu dibawa oleh BN, sekali gus memudahkan proses perancangan penentuan kerusi dan calon PRU16.
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.
PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap
TPM berazam akan membantu kawasan Sungai Bakap yang dikategorikan sebagai luar bandar.