KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas bayangan dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tidak akan ada kerjasama antara Pas dan UMNO selagi Abdul Hadi masih memegang jawatan.
Sebaliknya, Presiden Pas itu menyerahkan kepada orang lain atau rakyat untuk menjawab apa yang disebut Presiden UMNO itu beberapa hari lalu.
“Biar orang lain jawablah, saya tak payah jawab yang itu atau bagi rakyat jawab.
“Pihak cawangan (Pas) pun boleh jawab,” kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas Persidangan Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam 2024 (Kelmic ‘24), di sebuah hotel, di sini, pada Selasa.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Kelmarin, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.
Untuk rekod, UMNO dan Pas pernah membentuk kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) selepas berakhirnya PRU ke-13 pada 2018, namun hubungan itu terlerai sekitar 2022.
Tidak lama selepas itu, Pas membuat keputusan menerima Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai rakan kerjasama politik atas nama penyatuan ummah.
Kini, UMNO dan BN membentuk blok Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan dan parti dari Sabah serta Sarawak, dengan Pas berada di blok pembangkang.
Pas kini mempunyai 43 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, menjadikan mereka blok parti Melayu terbesar setakat ini, sementara UMNO pula diwakili 26 Ahli Parlimen.
Astro Awani
Tue Jul 09 2024

Abdul Hadi berucap pada Persidangan Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam 2024 (Kelmic ‘24), di sebuah hotel, di Kota Bharu, pada Selasa. - Gambar Sinar Harian
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.

Muafakat Nasional gagal sepakat, pemimpin UMNO-Pas perlu muhasabah
Othman berkata, MN produk yang baik untuk kedua-dua parti, malah disukai rakyat, namun tidak diminati para pemimpinnya.

PAU2020: UMNO perlu 'kawan' untuk kembali jadi kerajaan
Di sebalik keyakinan untuk kembali menguasai Putrajaya, pemerhati politik melihat BN memerlukan 'kawan' untuk kembali menjadi kerajaan serta mentadbir negara.

Segera institusikan Muafakat Nasional - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO menggesa kepimpinan tertinggi parti agar segera menginstitusikan Muafakat Nasional bukan sahaja melibatkan UMNO-PAS tetapi juga rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN.

Tanjung Piai Memilih: Terima Muafakat Nasional atau PH, PRK ini jawapannya
PRK Tanjung Piai bakal menjadi referendum untuk dua perkara, iaitu penerimaan rakyat terhadap Piagam Muafakat Nasional dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

PRK Tanjung Piai: Prelude lembaran baru politik negara
Kerusi Parlimen Tanjung Piai dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Mohd Farid Md Rafik daripada parti Bersatu.

Hala tuju Piagam Muafakat Nasional masih samar - Penganalisis politik
Ada yang berpendapat ia bakal menjadi satu lagi retorik politik jika intipati dan pelaksanaannya tidak dijelaskan dengan baik dan tepat.

'Bulan' berkibar megah bersama 'Sang Saka Bangsa' di PWTC
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih 10,000 pengunjung bakal membanjiri sekitar Dewan Merdeka, PWTC dengan acara kemuncaknya majlis tandatangan piagam kerjasama UMNO dan Pas.

Kerjasama Pas, UMNO sama seperti Tun M dan Anwar - Pemuda Pas
Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, andai Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh berbaik, jadi tidak pelik jika Pas dan UMNO juga boleh bekerjasama.

Pas, UMNO guna satu logo dalam PRU15?
Perkara itu akan dibincangkan pada Selasa ini oleh jawatankuasa perunding antara Pas dan UMNO.