Piagam Muafakat Nasional, perjanjian kerjasama politik yang dimeterai UMNO-Pas Sabtu lepas, membuka satu lagi episod baharu dalam agenda politik negara, yang pastinya mengundang pelbagai reaksi dari kalangan pemerhati politik yang benar-benar berminat untuk mengetahui halatujunya.
Ada yang berpendapat ia bakal menjadi satu lagi retorik politik jika intipati dan pelaksanaannya tidak dijelaskan dengan baik dan tepat; bukan sahaja kepada khalayak yang hadir sewaktu majlis berlangsung, tetapi juga kepada masyarakat umum yang pastinya ingin tahu manfaat dan kebaikan yang boleh diharapkan daripada piagam itu.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata beliau melihat akan wujud dilema pasca piagam itu memandangkan ia menitikberatkan isu-isu yang berkaitan dengan kaum, Raja dan Perlembagaan.
"Ia mungkin berdepan dengan cabaran dalam meyakinkan sokongan pengundi muda, kelas pertengahan selain cabaran mendapatkan sokongan dari Sabah dan Sarawak dalam mengambil kira faktor agama, kaum dan kelas masyarakat," katanya kepada Bernama.
Perjanjian kerjasama politik yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional itu dimeterai oleh Parti Umno dan Pas sempena Himpunan Penyatuan Ummah, yang disempurnakan oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari Sabtu lepas.
Piagam berkenaan adalah satu dokumen terperinci menggariskan prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama dirangka menerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal, yang masing-masing dianggotai 11 dan lima pemimpin bagi setiap parti.
Ia bakal memperincikan jawatankuasa berkaitan yang akan melaksana dan merealisasikan kerjasama pada peringkat pusat, negeri sehingga peringkat akar umbi selain satu tata kelola kerja bagaimana kedua-dua parti bergerak daripada sekarang hingga ke pilihan raya umum akan datang.
Dalam pada itu, geostrategis yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan menyifatkan piagam itu seakan menyerupai konsep Malaysia Baharu atau prinsip Rukun Negara.
Tegasnya, muafakat itu dilihat tercetus berikutan persepsi Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) yang kononnya telah mengetepikan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.
"UMNO dan Pas sebagai parti politik telah 'mencuri peluang' yang terbuka luas dengan persepsi tidak baik terhadap PH," katanya.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata isi piagam berkenaan 'ringkas' dan perlu huraian yang lebih jelas kerana ia melibatkan soal agama, kaum, hal Melayu, kedudukan rakyat dan Perlembagaan.
"Ia tidak diulas dengan baik untuk meyakinkan rakyat. Malah hala tuju kerjasama UMNO-PAS sendiri belum jelas. Piagam ini tidak boleh menjadi retorik politik atau akan ditolak semasa pilihan raya umum kelak," katanya.
Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat piagam itu dilihat akan menjadi cabaran kepada kerajaan PH untuk "walk the talk" dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan isu berbangkit daripada manifesto yang dijanjikan sebelum ini.
"Ia juga satu cabaran kepada kerajaan sekarang untuk sama-sama memastikan isu sensitif ditangani dengan lebih berhati-hati untuk kepentingan semua," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
Ahmad Zahid bersama Abdul Hadi dan Majlis Ahli Tertinggi UMNO dan Pas menyanyikan Lagu Penyatuan Ummah pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra, 14 Sept, 2019. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
AWANI Ringkas: Ronaldo mahu kembali ke Old Trafford
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Olmo menandatangani kontrak dari RB Leipzig pada Ogos lalu tetapi hanya didaftarkan pada separuh pertama musim ini.
Trump minta penangguhan pengharaman TikTok
Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, menggesa Mahkamah Agung Amerika Syarikat menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh mengharamkan TikTok atau memaksa penjualannya.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Andalan 2025: Detik penting buat malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Sedekad selepas Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, 1 Januari ini negara sekali lagi diberi tanggungjawab mempengerusikan kumpulan serantau itu.
PAS cadang hukuman sebat terbuka di negeri pimpinannya
Pemimpin PAS, Datuk Hashim Jasin menggesa semua negeri di bawah pentadbiran PAS melaksanakan hukuman sebat secara terbuka sebagai sebahagian daripada hukuman Syariah, susulan pelaksanaannya di Terengganu semalam.
Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan bahawa tindakan itu patut menjadi contoh untuk negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.
Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan bahawa tindakan itu patut menjadi contoh untuk negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.
Tokoh korporat individu paling layak, Tony Fernandes calon sesuai
Tokoh korporat dilihat sebagai individu tepat untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan berkata, selepas fam membuat keputusan melantik CEO mengendalikan FAM, beliau melihat langkah itu sebagai langkah awal menuju penswastaan FAM.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan berkata, selepas fam membuat keputusan melantik CEO mengendalikan FAM, beliau melihat langkah itu sebagai langkah awal menuju penswastaan FAM.
Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Rapid KL lanjut operasi rel dan bas
Rapid KL mengumumkan lanjutan waktu operasi bagi perkhidmatan rel sehingga jam 3 pagi dan bas hingga jam 3.30 pagi pada 1 Januari 2025.
Langkah ini bertujuan memudahkan warga kota menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Langkah ini bertujuan memudahkan warga kota menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.