KUALA LUMPUR: Isu kerjasama politik dan kebangkitan semula UMNO menjadi topik utama ketiga-tiga sayap UMNO yang bersidang sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 semalam.
Ketua Wanita Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan jelas mahu parti itu menarik sokongan terhadap Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) manakala Ketua Pemudanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengharapkan Pas memegang erat ikatan Muafakat Nasional (MN).
Ini dizahirkan dalam ucapan dasar masing-masing selepas persidangan serentak dirasmikan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berlangsung secara hibrid.
Namun di sebalik keyakinan untuk kembali menguasai Putrajaya, pemerhati politik melihat Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO bersama rakan komponen iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), memerlukan 'kawan' untuk kembali menjadi kerajaan serta mentadbir negara.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata UMNO dan BN kini bukan lagi sebuah parti dominan serta memerlukan kerjasama politik yang menguntungkan mereka.
Sehubungan itu, beliau berkata UMNO amat mengharapkan Pas kekal dengan pendiriannya untuk bersama MN dalam menghadapi PRU15 akan datang.
Jelasnya, hubungan UMNO-Pas yang terjalin ketika ini telah memberikan impak positif seperti diterjemahkan dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas PRU14 pada 2018.
"Namun Pas dilihat turut mahukan Bersatu terlibat dalam kerjasama politik bagi kepentingan ummah," katanya kepada Bernama.
Ahmad Marthada juga berpendapat gesaan kepimpinan UMNO untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu tidak mencerminkan suara keseluruhan akar umbi parti yang menginjak usia 75 tahun itu.
Menurutnya, ketika ini terdapat beberapa bahagian yang tidak menjelaskan pendirian mereka terhadap keputusan itu.
Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 124 daripada 190 Bahagian UMNO telah mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan ia dijangka dimuktamadkan pada perhimpunan hari ini.
"Jika Perhimpunan Agung UMNO meluluskan untuk memutuskan kerjasama itu, UMNO perlu bersedia dengan sebarang implikasi dari pelbagai aspek khususnya sokongan rakyat dan ahli parti yang mahukan keputusan sebaliknya," katanya.
Penganalisis politik dari universiti sama, Mohd Shukri Shuib berkata BN perlu diperkukuh terutama dalam aspek kepimpinan sekiranya tidak mahu mengharapkan bantuan parti politik lain untuk mengemudi negara.
"Jika BN kukuh dan ada tokoh yang boleh diterima rakyat, maka institusi BN akan kembali mendapat sokongan," katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan UMNO perlu memikirkan soal kerjasama dengan parti lain dan akan berada dalam blok pembangkang sekiranya kerusi dimenangi tidak cukup untuk membentuk kerajaan.
"Kalau boleh dapat 120 atau 112 kerusi, okey, tak payah setuju dengan siapa kerana kita boleh bentuk kerajaan," katanya kepada pemberita ketika melawat laman media bagi Perhimpunan Agung UMNO 2020 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021

Jika Perhimpunan Agung UMNO meluluskan untuk memutuskan kerjasama itu, UMNO perlu bersedia dengan sebarang implikasi dari pelbagai aspek. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.