KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam tadi.


Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam tadi. Beliau kini berada dalam keadaan stabil.
  • Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi selepas rebah di kediamannya. Anak beliau, Nashriq Ismail Sabri, memohon doa orang ramai agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik.
  • Media melaporkan bahawa bekas Naib Presiden UMNO itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas pengsan dan tidak sedarkan diri.


Perkara ini disahkan anak beliau, Nashriq yang memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

"Benar, dimasukkan ke hospital pagi tadi. Sekarang bapa dalam keadaan stabil," katanya.

Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Dalam pada itu, Nashriq turut memohon doa orang ramai agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Media sebelum ini dimaklumkan mengenai laporan bekas Naib Presiden UMNO itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas pengsan dan tidak sedarkan diri.