KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
"Justeru, cadangan pelaksanaan inisiatif lantikan tetap dan bercarum pada masa ini masih di peringkat kajian bagi menentukan strategi terbaik dan menepati prinsip tidak kurang baik daripada skim pencen sedia ada," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Saravanan Murugan (BN-Tapah) mengenai kajian dan cadangan penangguhan pelaksanaan inisiatif lantikan baharu bercarum kepada penjawat awam.
Dr Zaliha berkata pada masa ini skim pencen sedia ada bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan pesara masih diteruskan.
Namun begitu, implikasi kewangan terhadap tanggungan faedah persaraan semakin meningkat setiap tahun, katanya.
"Pada 2023, jumlah perbelanjaan faedah persaraan adalah sebanyak RM32 bilion dan dijangka mencecah sebanyak RM46.36 bilion pada 2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
Dr Zaliha berkata pada masa ini skim pencen sedia ada bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan pesara masih diteruskan. - Foto Facebook/Dr Zaliha Mustafa
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses perkhidmatan kerajaan
Enam kiosk digital Sentuhan Madani dilancarkan di Pusat Beli-belah Alamanda menawarkan akses mudah kepada orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan di luar waktu pejabat.
LAMPU2024 tampil kelainan dengan konsep futuristik serta teknologi - Dr Zaliha
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, LAMPU2024 kali ini menampilkan kelainan iaitu menekankan konsep futuristik serta teknologi.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Festival Kreatif KL teroka ibu kota jadi pusat kebudayaan
Objektif Festival Kreatif KL untuk mendedahkan khazanah kesenian di ibu kota yang hanya terkenal dengan pusat ekonomi, walhal Kuala Lumpur mempunyai banyak sejarah kebudayaan yang harus diangkat
Naratif tidak benar pembangunan Kampung Sungai Baru perlu diperbetul - Zaliha
Naratif tidak benar sesetengah pihak berhubung isu pembangunan Kampung Sungai Baru di Kampung Baru perlu diperbetulkan bagi memastikan tidak bercanggah dengan fakta sebenar.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).