KUALA TERENGGANU: Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli dalam kenyataan berkata pemeriksaan ketat akan dijalankan di pintu masuk dan dalam kawasan stadium bagi memastikan penonton tidak membawa masuk barang terlarang termasuk kain rentang atau sepanduk yang boleh mencetuskan provokasi serta hasutan.
Beliau berkata penonton diingatkan supaya menzahirkan sokongan kepada pasukan masing-masing dengan cara yang betul dan semangat kesukanan yang tinggi.
"Antara barangan yang dilarang ialah mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air, botol kaca, tin minuman, laser, mancis, pemetik api dan senjata tajam.
"Selain anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kita turut mendapat bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU)," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata sebanyak 30,000 keping tiket perlawanan mula dijual kepada orang ramai mulai 14 Julai lepas.
Bagaimanapun beliau berkata untuk 14 hingga 16 Julai, tiket akan dijual secara dalam talian kepada mereka yang memiliki kad ahli TFC.
"Sebanyak 15,000 tiket akan dijual secara dalam talian manakala 15,000 lagi melibatkan jualan fizikal. Untuk mereka yang bukan ahli TFC, pembelian tiket secara dalam talian boleh dibuat bermula 17 Julai sementara tiket fizikal bermula 18 Julai," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu Mohd Syahrizan menasihati penonton supaya sentiasa mematuhi peraturan dan arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Azli berkata penonton diingatkan supaya menzahirkan sokongan kepada pasukan masing-masing dengan cara yang betul dan semangat kesukanan yang tinggi. - Foto fail/Stadium Astro
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Piala Cabaran: Semangat juang Selangor FC tinggi walaupun beraksi dengan 10 pemain
Keazaman dan kesungguhan pemain Red Giants terus melonjak selepas menerima kad merah.

Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.

Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

AFC denda Selangor tiga kesalahan
Selangor didenda AS$24,500 oleh AFC atas tiga kesalahan ketika bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Katsuhito Kinoshi menasihati Faisal harus menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.

Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.