KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital di negara ini.
Ia susulan kejayaan Selangor Red Giants (SRG) menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, pada Ahad.
"Tahniah dan syabas SRG. Anda telah berjaya mengharumkan nama negara! Usaha gigih anda membawa pulang hadiah tunai RM4.7 juta adalah kejayaan yang amat membanggakan.
"Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, saya akan memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
"Semoga kejayaan SRG ini akan menjadi pencetus kepada lebih kejayaan di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.
Ahmad Zahid berkata, dedikasi dan komitmen ditonjolkan SRG pada kejohanan itu pasti akan menjadi pemangkin kepada perkembangan e-sukan negara.
"Seterusnya melahirkan lebih ramai atlet profesional yang berdaya saing dan berkemahiran dalam permainan digital yang saya lihat semakin mendapat tempat di hati anak muda," ujarnya.
Pada Ahad, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport.
Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul, lebih dikenali sebagai Sekyss, dinobat pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.
Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78).
Afiezy Azaman
Mon Jul 15 2024

Pada Ahad, Selangor Red Giants menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 di kejohanan Mid Season Cup MLBB 2024. - Foto MLBB

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

SRG wakil tunggal negara pada Kejohanan Dunia M6
Anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan bersih 3-0 mengatasi wakil Singapura NIP Flash.

E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.

SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.

Ahmad Zahid ucap tahniah Selangor Red Giants ke final MSC MLBB
Ahmad Zahid berkata perjalanan luar biasa dan pencapaian cemerlang pasukan e-sukan itu di pentas antarabangsa membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

SRG pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final MSC MLBB
Pasukan Selangor Red Giants menjadi pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.