KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor Red Giants menjadi pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, selepas menewaskan wakil Singapura, NIP Flash di Riyadh, Arab Saudi sebentar tadi.
Pada aksi separuh akhir hari ini yang menggunakan format 'Best Of Five', anak buah Michael Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia memulakan perlawanan dengan kemas untuk menang mudah 15 'kills' berbalas lapan dalam tempoh hampir 15 minit.
Momentum kemenangan itu diteruskan oleh skuad gergasi merah dalam Perlawanan 2 apabila hanya memerlukan sekitar 12 minit untuk meraih kemenangan 19 'kills' berbalas sembilan.
Pada perlawanan ketiga, SRG goyah pada awal permainan sebelum bangkit mendapatkan rentak permainan dan memperkemas aksi untuk mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan meskipun skor seri 17-17.
Mengulas kemenangan itu, John Vincent Banal atau lebih dikenali sebagai Innocent berasa gembira dengan aksi yang dipamerkan oleh pasukannya.
"Kemenangan ini akan membantu kami untuk menghadapi final esok dan meningkatkan momentum kami. Bagi kami, kami hanya merendah diri dan menikmati permainan. Saya rasa perlawanan ini pasti sukar kerana lawan kami merupakan pasukan yang hebat," katanya selepas perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia hari ini.
Pada aksi final esok, wakil tunggal Malaysia itu bakal berdepan cabaran Team Falcons AP Bren Sport yang menewaskan Liquid Echo 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Pasukan Selangor Red Giants menjadi pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024. - Foto FB Selangor FC
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
Ahmad Zahid ucap tahniah Selangor Red Giants ke final MSC MLBB
Ahmad Zahid berkata perjalanan luar biasa dan pencapaian cemerlang pasukan e-sukan itu di pentas antarabangsa membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
SRG pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final MSC MLBB
Pasukan Selangor Red Giants menjadi pasukan pertama dari Malaysia beraksi di pentas final kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024.