KUALA LUMPUR: Rang undang-undang berkaitan kebajikan pekerja gig dijangka dibentang untuk bacaan kali pertama pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 Oktober ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau, di sini, hari ini.
Beliau berkata penggubalan akta itu perlu dibuat berikutan hanya kira-kira 250,000 daripada 1.16 juta pekerja gig di negara ini yang mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"... suatu akta baharu bagi mencakupi soal pekerja-pekerja gig ini akan di bentangkan oleh KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) dan kita mempunyai tarikh siaran untuk bacaan kali pertama akta baharu ini pada sidang Parlimen Oktober hingga Disember ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee.
Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat itu turut memutuskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig secara formal yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan ia akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan lagi.
Ahmad Zahid berkata suruhanjaya itu tidak hanya meliputi pekerja e-hailing dan p-hailing semata-mata, tetapi meliputi pekerja separa masa dan separa profesional yang termasuk di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
Beliau berkata KESUMA akan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan pewujudan akta baharu itu dan beberapa aspek ekonomi gig secara holistik dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
"Ini adalah satu game changer yang dilakukan kerajaan kerana terdapat hanya ada beberapa negara saja di dunia yang telah melaksanakan akta dan Suruhanjaya Ekonomi Gig ini iaitu di California, Amerika Syarikat, di India dan beberapa negara jiran sedang melakukannya.
"Pihak ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa) hanya akan mengadakan persidangan mengenai perkara ini pada tahun depan, tetapi Malaysia melalui KESUMA mengambil beberapa langkah proaktif untuk melakukannya lebih awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Ahmad Zahid (tengah) bercakap kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia hari ini. -Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.

Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.

Singapura perkenal rang undang-undang kekalkan keharmonian kaum
Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu di Parlimen pada Selasa.

Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk

Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.

RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.