KUALA LUMPUR: Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 menerima lebih 48,000 panggilan berkaitan tingkah laku cubaan bunuh diri bagi tempoh 2022 hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Sosial Negara berkata selain itu, terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
Justeru itu, beliau berkata mesyuarat Majlis Sosial Negara telah bersetuju supaya peranan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan dalam menangani situasi berhubung tingkah laku bunuh diri di negara ini dilaksanakan secara bersepadu dan lebih proaktif.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Sementara itu, salam satu kenyataan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata agenda lain yang disentuh pada mesyuarat itu adalah mengenai silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) di sekolah bawah Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata silibus PEERS dipersetujui dilaksanakan mengikut pelaksanaan sedia ada berserta cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran silibus melalui kurikulum pendidikan kesihatan Kurikulum Persekolahan 2027.
Ahmad Zahid berkata turut dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment - SIA) bagi projek pembangunan.
"Sejak 2016 sehingga Mac 2024, Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA telah membuat penilaian laporan SIA bagi 51 projek pembangunan di peringkat Persekutuan dan 162 projek pembangunan telah dinilai di peringkat negeri," katanya.
Mesyuarat turut menyentuh mengenai pencapaian Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (MyWI) 2022, kata Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
Ahmad Zahid berkata terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya. -Gambar fail/Bernama
Krisis Myanmar: ASEAN gesa pilihan raya yang inklusif
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa, menegaskan jika ada pilihan raya, ASEAN mahu proses itu berjalan secara inklusif, merangkumi semua pihak yang berkepentingan.
Indochina bangkit menjadi destinasi pelancongan utama ASEAN
Laos, Kemboja dan Vietnam secara berkumpulan telah menarik 25 juta pelancong setakat tahun ini.
HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025
Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025.
Prestasi kerajaan, menteri masih boleh dibaiki - PM
Perdana Menteri berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kerangka pentadbiran Kerajaan Madani termasuk penambah baikan dalam isu tatakelola dan kebajikan penjawat awam.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga esok.
Di Sarawak amaran itu melibatkan kawasan Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sarawak amaran itu melibatkan kawasan Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Suliza Salam kembali bergelar isteri
Suliza turut ditemani anak lelakinya yang juga penyanyi Ismail Izzani memasuki dewan acara.
Kes kematian kucing: Tiada saksi, CCTV punca siasatan makin sukar - DVS
Pengurusan universiti memaklumkan, tiada saksi yang melihat kejadian atau rakaman CCTV di bangunan terbabit.
AWANI Ringkas: Penyokong bertumbuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.