Ringkasan AI
- MCMC perlu memantau siaran langsung di platform TikTok. Orang awam lebih mudah mengakses kemudahan ini tanpa proses pendaftaran yang rumit.
- Terdapat keperluan kesedaran tentang isu buli siber. Komuniti dan ibu bapa perlu mengambil tindakan untuk melindungi anak-anak dari risiko di platform media sosial.
- Pada Mac, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan RUU untuk menyekat perkhidmatan TikTok di negara itu. Proses perundangan untuk menguatkuasakan RUU tersebut berada pada tahap akhir.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Sivaraj Chandran berkata, orang awam lebih mudah untuk mengakses kemudahan itu bagi tujuan buli tanpa proses pendaftaran yang rumit.
“MCMC boleh memperkuat pemantauan kepada siaran langsung di TikTok. (Buli) di Instagram mungkin kurang kerana pengguna perlu melalui proses pendaftaran yang mendedahkan nombor telefon dan maklumat peribadi yang lain.
"Tetapi di TikTok, kita boleh daftar dengan satu emel, kemudian terus mulakan siaran langsung. MCMC mungkin boleh beri tumpuan kepada keperluan mendaftarkan maklumat peribadi pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok – Ahli Dewan Negara
Bagi Sivaraj, pilihan untuk menyekat platform TikTok sepenuhnya adalah tidak munasabah. Menurutnya, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, wanita dan ibu tunggal khususnya yang bergantung kepada platform tersebut untuk mencari pendapatan.
Oleh itu, beliau menegaskan keperluan komuniti secara keseluruhan untuk turut sama memainkan peranan menangani isu buli siber.
“Kita perlu wujudkan kesedaran, bukan sahaja diperingkat pelajar bahkan secara keseluruhan. Jika anak-anak kita terlibat dalam platform yang ada risiko di buli, maka sebagai ibu bapa perlu ambil tindakan segera membendung anak-anak dimangsakan dan beri kaunseling. Ini untuk mengurangkan stres mereka supaya sebarang kejadian tidak diingini dapat dibendung,” ujarnya.
Pada Mac lalu, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) menyekat perkhidmatan TikTok di negara itu. Rekod terkini menunjukkan proses perundangan bagi menguatkuasakan RUU tersebut berada diperingkat akhir.
Dalam pada itu pada 5 Julai lalu, media melaporkan seorang pempengaruh media sosial maut akibat bunuh diri selepas dibuli siber.
Insiden tersebut mendapat perhatian Yang Dipertuan Agong dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, isu buli siber akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Dialog Tiga Penjuru: Buli Siber, Semakin Melampau