KOTA BHARU: Pas pusat mengingatkan pimpinan negeri supaya berpegang kepada amanat Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menetapkan pendirian memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata dalam soal tersebut semua pimpinan Pas negeri dan kawasan perlu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi sebelum ini.
“Pada dasarnya bagi saya isu MN dan PN, sila rujuk kepada semua kenyataan YAB Tan Sri Presiden… itu pendirian Pas.
“Yang lain dari itu (adalah) pandangan peribadi. Pendirian Pas berdasarkan tulisan dan kenyataan presiden, itu keputusan yang mengikat pimpinan dan ahli Pas,” jelasnya.
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan yang bakal berlangsung antara Pas dan UMNO Kelantan pada 22 Januari depan.
Pertemuan yang diminta oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu antara lain adalah untuk membincangkan hala tuju Pas Kelantan samada mahu bersama PN atau kekal dengan semangat MN.
Ini kerana UMNO Kelantan menegaskan tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang sekiranya parti itu kekal bersama PN yang turut disertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta agar UMNO tidak meletakkan syarat kepada Pas memilih Bersatu atau UMNO.
Pas dan UMNO Kelantan dijangka mengadakan pertemuan 22 Januari ini bagi membincangkan hala tuju parti.
Muhafandi Muhamad
Sun Jan 09 2022
Takiyuddin berkata dalam soal tersebut semua pimpinan Pas negeri dan kawasan perlu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi sebelum ini. - Foto BERNAMA
Hujan lebat berterusan, Terengganu kembali dilanda banjir
Firdaus Azil meninjau situasi di Terengganu selepas negeri itu dilanda semula banjir susulan hujan lebat berterusan.
[TERKINI] Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan Faisal Halim
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Peningkatan drastik jumlah mangsa banjir di Kelantan
Wakil Astro AWANI, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan yang menyaksikan peningkatan mendadak sejak semalam susulan hujan lebat berterusan.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Durian Runtuh
AWANI Ringkas: Mahkamah | Durian Runtuh
Ibu sarat mengandung redah banjir elak terperangkap
Meredah banjir sebanyak tiga kali sebelum menaiki bot dan lori itu cabaran yang terpaksa ditempuhi seorang wanita yang sarat mengandung bagi menggelakkan terperangkap dalam banjir.
Lebih 23,000 mangsa dipindahkan, Kelantan paling terjejas
Mangsa banjir di tujuh negeri meningkat kepada 18,078 daripada 5,414 keluarga, setakat jam 5.32 petang Rabu.
Trump pilih pengkritik sekatan COVID-19 ketuai agensi penyelidikan perubatan utama AS
Trump memilih Jay Bhattacharya, seorang pengkritik perintah berkurung pandemik, untuk menerajui Institut Kesihatan Nasional (NIH), agensi penyelidikan perubatan terkemuka negara itu.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.
"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.
Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.