Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat pemimpin Perikatan Nasional yang sebelum ini disiasat mengenai isu 3R (agama, raja, kaum) namun mereka tidak pernah mempertahankannya secara terbuka.
“Sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi disiasat berkait 3R, pemimpin PN tidak pertahankan dengan menyatakan mereka sama sekali tidak bersalah.
“Ia cukup dengan menyerahkan kepada pihak polis dan berharap siasatan dilakukan dengan adil.
Ahmad Fadhli menjelaskan, mereka menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa membuat kenyataan sedemikian.
Katanya, DAP bagaimanapun yakin Teresa tidak bersalah dan menegaskan akan memberi sokongan undang-undang kepada beliau.
Kenyataan teresa pada 6 September mengenai pensijilan halal, yang mencadangkan ia bersifat sukarela, telah mencetuskan kontroversi dan mengundang beberapa laporan polis.
DAP pada Isnin memaklumkan kenyataan Teresa berhubung isu pensijilan halal sebagai mewakili kebimbangan masyarakat bukan Islam.
Polis telah membuka siasatan mengikut beberapa Seksyen dalam Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.