KUALA LUMPUR : Pas menyifatkan syor mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, cadangan yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu jelas membelakangkan perlembagaan dan demokrasi.
Jelasnya, Cadangan Zahid agar satu RUU digubal bagi menghalang pertukaran kerajaan di luar Pilihan Raya Umum (PRU) hanya boleh disifatkan sebagai kenyataan orang terdesak sehingga ke tahap tidak masuk akal.
"Adalah menjadi suatu perundangan dan amalan yang telah selesai bahawa pertukaran kerajaan di luar PRU adalah dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Ia selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan bukan sahaja di negara ini, tetapi semua negara yang lain dengan syarat pihak yang mencabar kedudukan kerajaan sedia ada dapat membuktikan sokongan majoriti yang diterimanya sama ada di Parlimen atau saluran lain yang dibenarkan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tegasnya, hal itu jelas dalam Perlembagaan dan umum mengetahui bahawa syarat sokongan majoriti ini menjadi asas pembentukan sebuah kerajaan secara sah, sama ada susulan PRU atau pada bila-bila masa.
Katanya, ia juga syarat asasi bagi memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik, menurut budi bicara baginda seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan.
Pas turut menempelak kenyataan Presiden UMNO itu yang kononnya mahu RUU itu digubal bagi mengelakkan berulangnya kesengsaraan rakyat susulan pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri sebanyak tiga kali dalam satu penggal selepas PRU-14.
"Pas tertanya-tanya apakah faktor yang mendorong seorang pemimpin kanan dan veteran seperti Ahmad Zahid membuat cadangan yang begitu novis, terutama sekali selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkali-kali mendakwa bahawa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di Parlimen?
"Adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan itu atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi, sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai Presiden UMNO walaupun berlawanan dengan keputusan majoriti ahli dan akar umbi parti?" soalnya.
Takiyuddin turut mendakwa, cadangan terbabit adalah agenda untuk mengheret negara ke dalam krisis yang sedang didepani UMNO dengan berselindung di sebalik kata-kata hikmat 'kepentingan rakyat dan negara'.
Beliau menegaskan, sebarang usaha menyekat atau memandulkan prinsip teras dalam Perlembagaan dan amalan demokrasi iaitu sesebuah kerajaan hanya akan dianggap sah selagi ia menikmati sokongan majoriti adalah tertolak serta terbatal secara muktamad.
Semalam, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu RUU bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Katanya, melalui undang-undang itu, kerajaan akan dapat memberi tumpuan penuh mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.
Astro Awani
Sun Jan 14 2024

Menurut Takiyuddin, cadangan yang dikemukakan Ahmad Zahid itu jelas membelakangkan perlembagaan dan demokrasi.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.
AWANI Ringkas: Pembedahan Kosmetik Tanpa Lesen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reputasi sebagai ahli ekonomi beri kelebihan PM baru kanada
Pemimpin baharu Parti Liberal Kanada Mark Carney, dipuji kerana reputasi antarabangsanya sebagai ahli ekonomi

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.
Putera Mahkota Arab Saudi, setiausaha AS bincang perkembangan serantau
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa dalam satu pertemuan di Jeddah pada Isnin.
Mahkamah AS halang usaha hantar pulang pelajar Palestin
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memerintahkan pelajar Columbia Palestin, Mahmoud Khalil, tidak akan dihantar pulang buat masa ini sebagai sebahagian daripada tindakan keras Presiden AS Donald Trump terhadap beberapa penunjuk perasaan anti-Israel.
Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, usaha ke arah itu, antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Program Veteran MyWIRA.
[TERKINI] Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama tahun lepas.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.