HULU SELANGOR: Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan kerajaan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu integriti.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan suruhanjaya tersebut sebelum perbincangan mengenai kedudukan Pesuruhjaya Pas Perlis itu dibuat.
“Saya rasa masih terlalu awal untuk membincangkan soal perubahan (kepemimpinan) kerajaan Perlis.
“Ini zaman (kerajaan) Madani, ketika era ini ada yang dipanggil membela diri pun dapat DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan sebagainya.
"Kalau mahu bincangkan pertukaran (kepemimpinan) kerajaan Perlis ini masih terlalu awal. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Umum PN malam Sabtu.
Khamis lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis dilapor sedia menggalas tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri sekiranya diminta berbuat demikian.
Namun sebarang keputusan mengenai kedudukan Mohd Shukri tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis dan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Mohd Shukri hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk dirakam percakapan.
Azam mengesahkan Pengerusi PN Perlis itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.
Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana, termasuk membaik pulih, menyenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 05 2024

Ahmad Fadhli menegaskan, semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan suruhanjaya tersebut sebelum perbincangan mengenai kedudukan Pesuruhjaya Pas Perlis itu dibuat. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Banjir kurang jejaskan kehadiran peperiksaan SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

Penganggur mengaku salah cabul wanita di tandas awam
Seorang penganggur mengaku bersalah pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita dengan tujuan mencabul kehormatannya.
Calon ujian bertutur SPM hadir atas paras peratusan keseluruhan
Peratusan kehadiran calon Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tiga negeri yang paling terjejas banjir ialah 97.54 peratus di Kelantan, 98.01 peratus di Terengganu dan 97.94 peratus di Kedah.
Drama cetus fenomena labuh tirai malam ini
Pelakon watak Suri, Ummi Nazeera bersiaran sebagai penyampai untuk mempromosikan drama fenomena yang menggegarkan Malaysia, Andai Tiada Dia yang berakhir malam ini selepas bersiaran selama 35 episod di 104 saluran Astro Ria.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.
Pendakwaan akan cabar pembebasan Rosmah di mahkamah
Pendakwaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta serta lima kes gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, pihak pendakwaan menerima arahan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, pihak pendakwaan menerima arahan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Rosmah syukur bebas, anggap hadiah hari jadi bermakna
Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau daripada 17 pertuduhan sebagai hadiah hari jadi paling bermakna, termasuk untuk suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menyatakan bahawa keputusan ini juga untuk Datuk Seri Najib Razak dan akan memaklumkan perkara tersebut kepada beliau.
Beliau menyatakan bahawa keputusan ini juga untuk Datuk Seri Najib Razak dan akan memaklumkan perkara tersebut kepada beliau.
AWANI Ringkas: Rosmah lepas bebas 17 pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Buaya Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkap
Buaya yang menimbulkan kerisauan di Klebang berjaya ditangkap anggota Perhilitan di Sungai Malim, Pulau Gadong, Melaka pada malam Rabu.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.