KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyindir parti lawannya terutama Pas, dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.


Ringkasan AI
  • Simplify this article, in Bahasa Melayu, into 3 short main points - Presiden UMNO menyindir parti lawannya, terutama Pas, dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas mereka tidak lagi menjadi kerajaan, dimainkan pula naratif Melayu dan Islam terancam. Tegasnya, mereka menanam kebencian, menyuntik kejelikan dan menebal kecurigaan sedangkan UMNO tidak pernah mengubah atau mencairkan matlamat penubuhan parti. -PAS yang bertopengkan agama, ketika menjadi kerajaan, apa agenda Islam yang mereka bawa? RUU 355 senyap sepi seribu bahasa. -Hudud bukan lagi agenda utama. Negara Islam pula entah ke mana. Orang Melayu perlu sedar akan perkara ini. -Mereka hanya tahu memainkan sentimen dan emosi bukannya bertujuan memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam. -Ia hanya sandiwara politik yang mengkhayalkan. Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Melayu. -Janganlah terpedaya atau terpesona dengan lisan mereka yang fasih memainkan kata-kata. Kesannya besar kepada kestabilan dan keharmonian negara,- katanya. Tambah beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah berada dalam kerajaan dan dakwanya, pemimpin parti itulah antara orang yang bertanggungjawab mengancam kedudukan Melayu. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur pada Jumaat. -ENDS-


Menurut Presiden UMNO itu, selepas Pas tidak lagi menjadi kerajaan, dimainkan pula naratif Melayu dan Islam terancam.

Tegasnya, mereka menanam kebencian, menyuntik kejelikan dan menebal kecurigaan sedangkan UMNO tidak pernah mengubah atau mencairkan matlamat penubuhan parti.

“Pas yang bertopengkan agama, ketika menjadi kerajaan, apa agenda Islam yang mereka bawa? RUU 355 senyap sepi seribu bahasa. 

“Hudud bukan lagi agenda utama. Negara Islam pula entah ke mana. Orang Melayu perlu sedar akan perkara ini. 

“Mereka hanya tahu memainkan sentimen dan emosi bukannya bertujuan memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam.

“Ia hanya sandiwara politik yang mengkhayalkan. Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Melayu. 

“Janganlah terpedaya atau terpesona dengan lisan mereka yang fasih memainkan kata-kata. Kesannya besar kepada kestabilan dan keharmonian negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Jumaat.

Tambah beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga pernah berada dalam kerajaan dan dakwanya, pemimpin parti itulah antara orang yang bertanggungjawab mengancam kedudukan Melayu.