KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mempersoalkan pendirian Pakatan Harapan (PH) sama ada akan menuduh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai 'kluster mahkamah'.
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian selepas penyandang kerusi Parlimen Muar itu diarahkan membela diri dalam kes pecah amanah, salah guna kuasa dan harta dan pengubahan wang haram.
"Sudah tentulah kes ini masih berjalan, namun hari ini kita akan mula melihat bagaimana hipokrasi Pakatan Harapan akan bermula.
"Jika mereka boleh menuduh Presiden UMNO (Ahmad Zahid) sebagai kluster mahkamah walaupun telah dibebaskan dalam 40 pertuduhan VLN (Visa Luar Negara) sebelum ini, adakah mereka akan melakukan perkara yang sama kepada Syed Saddiq?
"Rakyat akan melihat dan menilai betapa keadilan yang PH junjung selama ini hanyalah hipokrit dan bersifat terpilih," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Jumaat.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Syed Saddiq Syed membela diri berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
BACA: Syed Saddiq diarah bela diri empat pertuduhan berkaitan dana RM1.12 juta
Keputusan itu dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan.
Afiezy Azaman
Fri Oct 28 2022
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat akan melihat dan menilai betapa keadilan yang PH junjung selama ini hanyalah hipokrit dan bersifat terpilih.
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dijemput sebagai tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG), Nasser Al-Khelaifi, untuk menyaksikan sesi latihan PSG di Stadium 974, Doha, Qatar pada Sabtu.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada jam 5 petang, pada Sabtu.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak esok berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Polis temui komponen rim besi disyaki punca kemalangan tragik di PLUS
Polis menemui rim besi dipercayai punca kemalangan di KM204 PLUS, yang mengorbankan tujuh nyawa. Komponen dihantar untuk siasatan lanjut oleh Jabatan Kimia.
PM Singapura lawat Malaysia bermula esok
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025.
Cuaca buruk: Aksi Liverpool, United mungkin ditunda
AKSI panas Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Manchester United pada awal pagi Isnin mungkin ditunda susulan ramalan cuaca buruk di Merseyside.
Lelaki maut nahas dua kenderaan
Pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.
Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera
Kejadian turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 30-an melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.