Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup," katanya.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Kerja Pos Malaysia Berhad bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Pada 22 Mac lepas, beliau menawarkan semua parti politik membentang manifesto masing-masing bagi pilihan raya umum ke-13 menerusi RTM selama 10 minit.
Bagaimanapun, pada 25 Mac lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak tawaran itu dan Parti Keadilan Rakyat serta PAS dilapor turut mengambil tindakan sama.
"Seharusnya mereka ambil ini sebagai satu peluang keemasan tetapi oleh kerana keangkuhan mereka, mereka tidak mahu menerimanya," katanya.
Rais yakin rakyat akan menterjemah tindakan pembangkang itu dalam pilihan raya umum nanti.
Ketika diminta mengulas hasrat Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ingin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya pula selepas mengesahkan bertanding di Parlimen Gelang Patah, beliau berkata perkara itu boleh diibarat sebagai 'dapat betis hendak peha, dapat peha hendak badan'.
Katanya, rakyat harus menolak seseorang yang begitu rakus untuk mendapatkan telapak politik dan juga penempatan kuasa tanpa mengira kesederhanaan dan keluhuran rakyat.
Mengulas prestasi Pos Malaysia, Rais berkata jualan syarikat itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2011 kepada RM1.5 bilion tahun lepas.
Beliau berharap perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkat dari segi bekalan, komuniti dan kemudahan pos bergerak.
Katanya, pertambahan wakil pos di kedua-dua negeri sejak tiga tahun lepas menyumbang kepada peningkatan standard penghantaran.
Bernama
Sat Mar 30 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik
MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais
BN tidak harus kecewa dengan keputusan PRU13 kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah - Rais
Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan internet sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah, hasad dengki atau perkara tidak membawa kebaikan.

Tawaran 10 minit manifesto hanya siar sekali
Tawaran masa 10 minit bagi parti politik membentangkan manifesto hanya akan disiarkan sekali sahaja dan bukan berepisod.

Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang angkuh apabila menolak tawaran kerajaan.
MITI dan KPKK berbincang perkasa industri batik
MITI akan berbincang dengan KPKK bagi mencari jalan untuk memperkasakan industri batik di negara ini.

Rakyat perlu matang guna media sosial
Rakyat harus matang dalam menerima dan memanfaatkan perkembangan pantas dunia sosial.

KPKK adakan satu kajian khusus perjalanan karier Allahyarham Kuswadinata
KPKK akan mengadakan satu kajian khusus berhubung perjalanan karier dan kegigihan pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini.
Rais: SKMM perlu memantapkan penguatkuasaan
Datuk Seri Rais Yatim mahu SKMM memantapkan penguatkuasaan dan bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan kesalahan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
Rais: 'Lim berjiwa 1Malaysia'
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Tun Dr Lim Keng Yaik pemimpin yang berani bersuara dan berjiwa 1Malaysia.