Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantapkan penguatkuasaan dan bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan kesalahan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
Sehubungan itu, beliau mahu SKMM menilai semula latihan bagi tenaga kerjanya serta peralatan yang diguna agar penguatkuasaan undang-undang dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
"Sekiranya penguatkuasaan kita berada di tahap biasa, maka kita akan dikalahkan oleh pihak-pihak yang melakukan jenayah ini," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Badminton Persahabatan antara D'SURY dan SKMM di Dewan Badminton, Istana Negara lama, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi serta pegawai kanan SKMM.
Rais juga menjangka kesalahan membabitkan jenayah dalam talian seperti penggunaan bahasa lucah dan ugutan meningkat ketara pada masa akan datang dan perlu ditangani dengan berkesan.
"Ini juga termasuk kes-kes seperti memperkecilkan atau mempersendakan agama orang lain, mempersendakan budaya orang lain atau sesuka hati membuat saman malu terhadap pihak-pihak yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata masyarakat juga perlu berani tampil mendedahkan maklumat berhubung kesalahan dalam talian agar siasatan dapat dijalankan dan seterusnya menjamin keutuhan undang-undang negara.
Selain itu, Rais berkata SKMM juga perlu tegas dalam menguatkuasakan Akta Perlindungan Peribadi 2010 kerana melibatkan pelbagai maklumat sulit dan peribadi individu seperti nombor telefon, kad kredit dan akaun bank.
"Sekiranya maklumat ini dicabul atau disalah guna oleh pihak lain, bagaimana SKMM harus membantu pihak-pihak ini supaya mereka berasa teguh?
"Apa tindakan SKMM supaya orang ramai yakin terhadap sistem perbankan, sistem kad kredit dan juga sistem penyimpanan rekod masing-masing," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Rais menyentuh mengenai perlawanan persahabatan itu yang menurutnya bukti sebuah "keluarga" besar seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dapat berkumpul untuk mewujudkan keharmonian dan kemesraan sesama sendiri.
"Ini satu aktiviti yang sangat harmoni dan pada masa akan datang boleh diadakan di dewan yang lebih besar supaya dapat melibatkan semua anggota KPKK," katanya.
Bernama
Sun Jan 27 2013

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik
MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais
BN tidak harus kecewa dengan keputusan PRU13 kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah - Rais
Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan internet sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah, hasad dengki atau perkara tidak membawa kebaikan.

Tawaran 10 minit manifesto hanya siar sekali
Tawaran masa 10 minit bagi parti politik membentangkan manifesto hanya akan disiarkan sekali sahaja dan bukan berepisod.

Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang angkuh apabila menolak tawaran kerajaan.
MITI dan KPKK berbincang perkasa industri batik
MITI akan berbincang dengan KPKK bagi mencari jalan untuk memperkasakan industri batik di negara ini.

Rakyat perlu matang guna media sosial
Rakyat harus matang dalam menerima dan memanfaatkan perkembangan pantas dunia sosial.

KPKK adakan satu kajian khusus perjalanan karier Allahyarham Kuswadinata
KPKK akan mengadakan satu kajian khusus berhubung perjalanan karier dan kegigihan pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini.
Rais: SKMM perlu memantapkan penguatkuasaan
Datuk Seri Rais Yatim mahu SKMM memantapkan penguatkuasaan dan bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan kesalahan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
Rais: 'Lim berjiwa 1Malaysia'
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Tun Dr Lim Keng Yaik pemimpin yang berani bersuara dan berjiwa 1Malaysia.