MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah dalam erti kata belum apa-apa lagi sudah menyatakan mereka tidak akan menyertai Kabinet, kata pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata itu bukan satu pendirian yang baik, oleh kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu, begitu juga kerajaan-kerajaan negeri.
"Seharusnya muafakat dilaksanakan tetapi mereka awal-awal lagi telah tolak. Ini satu fiil yang sangat-sangat dicurigai. Secara terus terang kita perlu menyatakan bahawa MCA dan Gerakan sebenarnya telah mencetuskan suasana sebahagian daripada kekalahan Barisan Nasional (BN).
"Percakaran dalaman dan tiadanya persefahaman ataupun pendirian kolektif sehingga beberapa kawasan telah hilang (kalah) ke tangan musuh politik BN," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran sempena kemenangan BN Jelebu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang di sini, malam tadi.
MCA mengumumkan pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi teruk pada PRU13 apabila hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Gerakan pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu Simpang Renggam, daripada 11 kerusi yang ditandinginya, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis di Johor dan Tanjong Papat serta Elopura di Sabah, daripada 31 kerusi yang ditandinginya.
Rais yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, berkata "Jadi dalam konteks itulah, kita berpendapat MCA tidak seharusnya membuat pendirian seperti itu melainkan berunding dahulu dengan Perdana Menteri dan mencari jalan keluar, bagaimana struktur dan tindakan lanjutan boleh dilaksanakan oleh mereka".
Beliau berharap Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menimbangkan untuk menyertai Kabinet kerana keengganan berbuat demikian akan membawa kepada keadaan negara mungkin mempunyai masa depan yang tidak harmoni dan "tempang" dalam struktur kemasyarakatan pelbagai kaum.
"Sama ada menerusi MCA atau menerusi jurusan lain, masyarakat Cina harus diberi perwakilan dalam Kabinet. Begitu juga bagi masyarakat India dan masyarakat minoriti ataupun wilayah menerusi Sarawak dan Sabah. Ini sudah tertera dalam amalan BN dan kita tidak boleh pada masa ini meninggalkan tanggungjawab ini.
"Saya yakin pimpinan MCA ada ruang dalam pemikiran mereka untuk memperbaiki keadaan ini kerana jika tidak mereka akan dituduh sebagai pihak yang subjektif dan tidak memikirkan negara bangsa Malaysia ini," katanya.
Mengenai keputusan PRU13 yang menyaksikan DAP memenangi 38 kawasan Parlimen, Rais berkata tumpuan segera perlu diberikan terhadap aspek perumahan, pendidikan dan pekerjaan yang memerlukan pembabitan semua kaum secara seimbang bagi penyatuan masyarakat majmuk.
"Saya yakin Perdana Menteri akan berupaya mewujudkan satu bentuk dan struktur masyarakat yang baharu di mana kejutan yang berlaku pada PRU13 menjadi pelajaran dan batu sempadan bagi kita," katanya.
Bernama
Sat May 11 2013
![Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359276993_295x200.jpg)
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Kim Pan-gon letak jawatan? Kim Pan-gon letak jawatan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359276993_295x200.jpg)
Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik
MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.
![Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51367970019_295x200.jpg)
Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais
BN tidak harus kecewa dengan keputusan PRU13 kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.
![Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah - Rais Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359276993_295x200.jpg)
Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah - Rais
Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan internet sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah, hasad dengki atau perkara tidak membawa kebaikan.
![Tawaran 10 minit manifesto hanya siar sekali Tawaran 10 minit manifesto hanya siar sekali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51364373529_295x200.jpg)
Tawaran 10 minit manifesto hanya siar sekali
Tawaran masa 10 minit bagi parti politik membentangkan manifesto hanya akan disiarkan sekali sahaja dan bukan berepisod.
![Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359276993_295x200.jpg)
Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang angkuh apabila menolak tawaran kerajaan.
MITI dan KPKK berbincang perkasa industri batik
MITI akan berbincang dengan KPKK bagi mencari jalan untuk memperkasakan industri batik di negara ini.
![Rakyat perlu matang guna media sosial Rakyat perlu matang guna media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71361979658_295x200.jpg)
Rakyat perlu matang guna media sosial
Rakyat harus matang dalam menerima dan memanfaatkan perkembangan pantas dunia sosial.
![KPKK adakan satu kajian khusus perjalanan karier Allahyarham Kuswadinata KPKK adakan satu kajian khusus perjalanan karier Allahyarham Kuswadinata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361075940_295x200.jpg)
KPKK adakan satu kajian khusus perjalanan karier Allahyarham Kuswadinata
KPKK akan mengadakan satu kajian khusus berhubung perjalanan karier dan kegigihan pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini.
Rais: SKMM perlu memantapkan penguatkuasaan
Datuk Seri Rais Yatim mahu SKMM memantapkan penguatkuasaan dan bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan kesalahan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
Rais: 'Lim berjiwa 1Malaysia'
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Tun Dr Lim Keng Yaik pemimpin yang berani bersuara dan berjiwa 1Malaysia.