Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan internet sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah, hasad dengki atau perkara tidak membawa kebaikan kepada masyarakat, terutama pada musim pilihan raya umum ke-13 ini.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) bekerjasama rapat dalam memantau perkara itu bagi memastikan kegiatan tidak sihat itu diminimumkan dan seterusnya dihapuskan.
"Kita akan melaksanakan pangkalan data dan kita akan gunakan sebaik mungkin bagi penyiasatan berhubung jenayah internet. Perlu untuk kami mempunyai pangkalan data mengenai semua mereka yang dianggap melanggar undang-undang atau mereka yang dianggap melakukan jenayah.
"Tetapi kami juga perlu melakukan siasatan secara terperinci dan bekerjasama dengan PDRM and AGC supaya impak daripada tugas ini dapati dirasai secara menyeluruh dan memberikan keyakinan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga Remaja Kreatif 2013 di SKMM, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.
Rais turut menyeru orang ramai melaporkan mengenai kes-kes seumpamanya, sekiranya ada, kepada SKMM ataupun polis.
Mengenai tawaran tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM, Rais berkata tawaran itu masih terbuka dan mana-mana pihak boleh memohon untuk mendapatkan peluang itu.
"Saya galakkan mereka memanfaatkan proses demokrasi ini. Dan saya fikir dalam 10 minit banyak perkara boleh dijelaskan kepada orang ramai oleh setiap parti dan falsafah mereka mengenai pembangunan, jenayah atau apa yang ingin ditawar," katanya.
Dalam ucapannya sebelum itu, Rais berkata sehingga kini, kadar penembusan jalur lebar di negara ini adalah 66.5 peratus, di samping hampir 4,000 kampung tanpa wayar dan lebih 300 menara telekomunikasi dibina.
Beliau berkata melihat kejayaan itu, terdapat keperluan untuk melihat anak watan membangunkan produk industri kandungan yang baik termasuk drama dan filem, lebih-lebih lagi ia bakal menjadi eksport penting negara terutama di kalangan negara Asean.
"Jadi saya memohon para guru kita, Finas dan SKMM membina kumpulan cerdik pandai dan kreatif supaya kita boleh menjana satu industri yang bererti kepada kita," katanya.
Selain itu beliau berkata peruntukan sebanyak RM5 juta akan diberikan kepada Finas untuk melibatkan diri dalam animasi dan pendigitalan, dengan dibantu oleh SKMM.
Liga Remaja Kreatif 2013 adalah pertandingan mencipta video anjuran SKMM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Jabatan Penyiaran dan Finas, bertujuan menampilkan bakat pelajar dalam menghasilkan filem pendek bukan saja dalam penjanaan idea, juga bagi mengasah kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan multimedia.
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah dari 29 April hingga 21 Jun, hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai berjumlah lebih RM200,000, iPad, iPhone dan kamera digital.
Bernama
Mon Apr 15 2013
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Rais: Keputusan MCA bukan satu pendirian yang baik
MCA sepatutnya tidak mengambil keputusan yang mencerminkan sahsiah yang rendah kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Keputusan PRU13: BN jangan kecewa - Rais
BN tidak harus kecewa dengan keputusan PRU13 kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.
Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah - Rais
Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan internet sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah, hasad dengki atau perkara tidak membawa kebaikan.
Tawaran 10 minit manifesto hanya siar sekali
Tawaran masa 10 minit bagi parti politik membentangkan manifesto hanya akan disiarkan sekali sahaja dan bukan berepisod.
Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang angkuh apabila menolak tawaran kerajaan.
MITI dan KPKK berbincang perkasa industri batik
MITI akan berbincang dengan KPKK bagi mencari jalan untuk memperkasakan industri batik di negara ini.
Rakyat perlu matang guna media sosial
Rakyat harus matang dalam menerima dan memanfaatkan perkembangan pantas dunia sosial.
KPKK adakan satu kajian khusus perjalanan karier Allahyarham Kuswadinata
KPKK akan mengadakan satu kajian khusus berhubung perjalanan karier dan kegigihan pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini.
Rais: SKMM perlu memantapkan penguatkuasaan
Datuk Seri Rais Yatim mahu SKMM memantapkan penguatkuasaan dan bertindak tegas ke atas pihak yang melakukan kesalahan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
Rais: 'Lim berjiwa 1Malaysia'
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Tun Dr Lim Keng Yaik pemimpin yang berani bersuara dan berjiwa 1Malaysia.