Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan kepada pihak polis
berhubung dakwaan terdapat orang kenamaan (VIP) yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti ziarah.

Menurut beliau, terserah pada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan berhubung beberapa laporan polis yang telah dibuat pihak tertentu mengenai pelanggaran PKP itu oleh seglintir VIP.

Tegas Ismail Sabri, tiada sesiapa akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar PKP.

"Untuk sesiapa sahaja (tertakluk pada undang-undang), saya sudah sebutkan. Tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. Itu asasnya. Saya difahamkan sudah ada laporan polis dilakukan. Kita serah pada pihak polis," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Sejak semalam, beberapa foto orang kenamaan dikatakan tular di media sosial semasa melakukan aktiviti ziarah dan didakwa tidak menjaga penjarakan sosial serta melanggar PKP.


BACA: PKP: Jumlah kenderaan di jalan raya terus meningkat