Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.
"Setakat ini tidak ada keputusan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengatakan sebaliknya.
"Keputusan untuk saya jadi poster boy selepas PRU15 diputuskan MKT, Perhimpunan Agung UMNO (PAU), baru-baru ini 156 daripada 190 UMNO Bahagian membuat usul mencadangkan calon Perdana Menteri selepas PRU15.
"Perkara itu tidak ada mesyuarat memutuskan sebaliknya, maknanya apa diputuskan masih kekal," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO yang kecewa digugurkan serta bertanding atas tiket parti lawan jelas Ismail, beliau memahami situasi dialami rakan-rakannya itu.
Bagaimanapun jelas Ismail Sabri, meskipun ia mengundang rasa kecewa dan sedih, namun bagi setiap pemimpin seharusnya kembali membantu parti dalam gelanggang PRU15.
"Saya sebutkan bahawa tak puas hati dan kecewa itu tak boleh disalahkan kepada sesiapa, sesiapa digugurkan akan rasa kecewa tapi dua tiga hari selepas itu kembali menyokong siapa bertanding kerana tujuan sama memastikan BN menang.
"Yang penting bukan individu tapi parti, mereka bertanding kali ini atas lambang parti. Di bera yang bertanding bukan Ismail Sabri tapi BN, jika prinsip itu dipegang akhirnya kita kembali kepada parti dan pastikan parti menang dalam PRU," katanya lagi.