Namun, tujuan sesi menghadap antara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenaan masih menjadi tanda tanya - sama ada berhubung sembah maklum mengenai urus tadbir negara sebagai ‘caretaker’ ataupun berhubung pembentukan kerajaan baharu.
Media juga ketika ini sedang berkampung di kedua-dua pintu Istana Negara bagi mengikuti rapat perkembangan pembentukan kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum (PRU15).
Terdahulu, YDPA perkenan agar proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang Selasa.
YDPA turut bertitah agar rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu serta pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai.
Dalam masa sama, pentadbiran negara berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri sementara berdasarkan prinsip-prinsip digariskan bagi kerajaan sementara.