Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah yang didakwa tercemar dengan bahan kimia fipronil seperti yang disiarkan oleh media baru-baru ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam satu kenyataan malam ini, beliau berkata pihak delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia turut mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur dari negara Eropah dieksport ke negara ini.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq," katanya.
BACA: Telur tercemar Eropah dah sampai Hong Kong!
BACA: 10 perkara yang anda perlu tahu tentang skandal telur tercemar
Beliau merujuk beberapa laporan media berhubung isu telur ayam tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda baru-baru ini.
Susulan isu itu, Jerman, Belgium, Sweden dan Switzerland menarik balik berjuta-juta telur daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.
Dr Noor Hisham berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan termasuk telur ayam yang mengandungi fipronil adalah melakukan kesalahan.
Pihak yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama.
Pengambilan fibronil pada paras tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.
Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan kesan kronik dan karsinogenik pengambilan fipronil kepada manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2017
Pihak delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur dari negara Eropah dieksport ke negara ini. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir
Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EURO 2024: VAR penghalang Belanda tempah slot awal pasukan 16 terbaik
Perancis dan Belanda berkongsi empat mata dalam saingan Kumpulan D selepas dua perlawanan.