FINALIS Piala Dunia 2010, Belanda, mengalami kekacauan ketika sedang perjalanan ke perlawanan separuh akhir Euro 2024 menentang England apabila terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.

Menjelang aksi penting bertemu The Three Lions, Belanda terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan pengaturan alternatif apabila diberitakan perkhidmatan pengangkutan dari Wolfsburg ke Dortmund telah dibatalkan akibat terdapat halangan pada rangkaian laluan tersebut.


Skuad kendalian Ronald Koeman seharusnya tiba di lokasi pada 7.45 malam untuk sesi sidang akhbar namun, mereka perlu menaiki kapal terbang yang berlepas pada 8.20 malam.


Ini bermakna, Belanda terlepas peluang untuk sesi pemanas badan  di Signal Iduna Park, Dortmund, sebelum masa yang ditetapkan. - Stadium Astro