Skuad The Three Lions berjaya melangkah pusingan akhir EURO 2024 selepas menwaskan Belanda 2-1 di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi tadi.
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons seawal minit ke-7 dan Harry Kane melalui sepakan penalti pada minit ke-18.
Kedua-dua pasukan mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan dalam separuh masa kedua tetapi penyudah yang tumpul yang di hadapan gawang menyukarkan jaringan terhasil.
Bukayo Saka berpeluang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 hasil hantaran cantik Kyle Walker begitupun selepas pengadil melihat VAR ternyata Walker berada dalam kedudukan ofsaid.
Jaringan minit akhir pemain gantian Ollie Watkins hasil gerakan Cole Palmer memastikan skuad The Three Lions melangkah ke pusingan akhir EURO 2024.
Anak buah Gareth Southgate akan berdepan cabaran Sepanyol dalam saingan peringkat akhir EURO 2024, Ahad nanti. - Stadium Astro