Tarikh baru kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah pada 30 September.
Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata kertas peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijadualkan pada Khamis dibatalkan.
“Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September telah didapati bocor.
“Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siastan dan mendapati perkara ini adalah benar,” kata lembaga itu dalam satu kenyataan.
Tarikh baru kertas peperiksaan Bahsa Inggeris itu bersekali dengan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 yang sebelum ini ditangguhkan kerana telah didapati bocor.
Awal pagi tadi, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh turut mengesahkan tentang penangguhan ini.
“Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan," kata Idris.
Pada Rabu, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan sains telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 ditangguhkan.
"Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014," kata Dr Na'imah.
Astro Awani
Thu Sep 11 2014

Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris sama dengan kertas peperiksaan Sains pada 30 September. - Foto Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Buka PPV khas untuk murid sekolah - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan kerajaan menyediakan pusat pemberian vaksin (PPV) khas untuk murid sekolah dan tidak bersekali dengan PPV umum.

Isu gagal BM: Mungkin susah untuk dapat A namun sukar sangat ke nak lulus?
Adakah disebabkan kertas BM di peringkat SPM terlalu sukar atau masih wujud segelintir masyarakat di negara ini masih tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu?

Lagi empat sekolah di Kelantan ditunda sesi persekolahan
SK Pasir Tumboh, SK Bihai, SK Tohoi dan SK Pasir Linggi adalah tambahan empat lagi sekolah yang ditunda sesi persekolahan 2015, esok.

UPSR: Lembaga Peperiksaan akan membuat siasatan
Lembaga Peperiksaan berkata ia bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.

UPSR: Tarikh baru kertas Bahasa Inggeris pada 30 September
Tarikh baru kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bersekali dengan kertas sains 018, 028, dan 038.

Penambahbaikan PBS bermula 1 April
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil kira bebanan guru dalam pelaksanaan penambahbaikan PBS.

Penggabungan dua kementerian seragamkan dasar pendidikan - Muhyiddin
Pengurusan gabungan dua kementerian akan lebih teratur melalui perkongsian sumber dan kepakaran.

Polis diminta siasat penyebaran Bible ke sekolah
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.

Hanya 0.05 peratus guru bermasalah
Hasil intervensi Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati jumlah ini berkurangan sebanyak 530 orang berbanding 774 (2009) dan 747(2010).
2,313 murid miskin ditawar ke sekolah berasrama penuh
Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh tahun depan melalui bantuan Kementerian Pelajaran.