Dalam satu kenyataan, Lembaga Peperiksaan berkata ia bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.
“Lembaga Peperiksaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
Pada Rabu, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
Astro AWANI menerima tiga contoh soalan Sains kod kertas 018 bagi sekolah kebangsaan yang tersebar melalui jaringan media sosial dan dilabelkan sebagai "soalan ramalan" yang dipercayai terkandung dalam kertas soalan yang bocor itu.
"Kemungkinan untuk naik: 75% Good luck!!!" kata mesej itu lagi.
Selain foto soalan, mesej yang tersebar itu menyertakan jawapan bagi ketiga-tiga soalan berkenaan.
Antara soalan kertas Sains UPSR yang didakwa bocor dan diedar melalui media sosial
Pada Khamis, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengesahkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula.
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains akan diadakan pada hari yang sama iaitu 30 September.