Wan Syamsul Amly
Tue Mar 18 2014
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dilaksanakan mulai 1 April depan akan mengurangkan kira-kira 70 hingga 80 peratus beban yang ditanggung guru sekarang
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sekali gus membuktikan Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil kira bebanan guru dalam pelaksanaan penambahbaikan PBS.
"Berdasarkan kajian kementerian dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, kita dapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah,'' katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini.
Turut hadir, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan dan Presiden Kesatuan Gur-guru Lepasan maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Datuk Jemale Paiman.
Pada majlis sama, Muhyiddin turut mengumumkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan tahun ini digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
PBS merupakan transformasi daripada fokus peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik iaitu menilai aspek tertentu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagaimanapun, baru-baru ini, ia ditangguhkan selepas Kerajaan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.
Tambah Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, antara penambahbaikan itu ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.
"Yang menjadi beban dahulu dikatakan kerana segala data-data yang penting, termasuk eviden dan deskriptor, perlu dimasukkan dalam data berpusat menerusi sistem online.
"Sekarang ini tidak perlu lagi. Bermakna maklumat itu yang memang sudah sedia ada pada guru-guru, disimpan oleh guru dalam sistem offline, ini semua ikut masa, keadaan dan kesesuaian guru,'' katanya.
Jelasnya, Kementerian Pendidikan juga akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaan PBS kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Ujarnya, latihan dilihat satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran.
"Kerana itu kementerian akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, jelasnya.
Selain itu kata Muhyiddin, guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit selain rekod perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.
Tegasnya, Kementeriannya juga telah menetapkan Dokumen Standart Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan pelbagai prosedur dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
"Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah,'' katanya.
Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan dengan pelaksanaan di sekoleh rendah pada 2011 dan sekolah menengah pada 2012.
Bagaimanapun pada 11 Februari lepas, kementerian membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buka PPV khas untuk murid sekolah - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan kerajaan menyediakan pusat pemberian vaksin (PPV) khas untuk murid sekolah dan tidak bersekali dengan PPV umum.
Isu gagal BM: Mungkin susah untuk dapat A namun sukar sangat ke nak lulus?
Adakah disebabkan kertas BM di peringkat SPM terlalu sukar atau masih wujud segelintir masyarakat di negara ini masih tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu?
Lagi empat sekolah di Kelantan ditunda sesi persekolahan
SK Pasir Tumboh, SK Bihai, SK Tohoi dan SK Pasir Linggi adalah tambahan empat lagi sekolah yang ditunda sesi persekolahan 2015, esok.
UPSR: Lembaga Peperiksaan akan membuat siasatan
Lembaga Peperiksaan berkata ia bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.
UPSR: Tarikh baru kertas Bahasa Inggeris pada 30 September
Tarikh baru kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bersekali dengan kertas sains 018, 028, dan 038.
Penambahbaikan PBS bermula 1 April
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil kira bebanan guru dalam pelaksanaan penambahbaikan PBS.
Penggabungan dua kementerian seragamkan dasar pendidikan - Muhyiddin
Pengurusan gabungan dua kementerian akan lebih teratur melalui perkongsian sumber dan kepakaran.
Polis diminta siasat penyebaran Bible ke sekolah
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.
Hanya 0.05 peratus guru bermasalah
Hasil intervensi Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati jumlah ini berkurangan sebanyak 530 orang berbanding 774 (2009) dan 747(2010).
2,313 murid miskin ditawar ke sekolah berasrama penuh
Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh tahun depan melalui bantuan Kementerian Pelajaran.