Kementerian Pelajaran hari ini meminta polis menyiasat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan masyarakat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Wang Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bunohan, di sini.
Hadir sama, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Abdul Aziz Abdullah.
Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik dakwaan Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail bahawa dua lelaki mengedar Bible kepada pelajar beragama Islam di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dua hari lepas.
Sementara itu, beliau meminta DAP menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat ketelusan dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti itu.
Bernama
Sat Jan 19 2013


Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Zam, sila buktikan tuduhan JASA dapat arahan serang TPM' - Dr Mohd Puad
Dr Mohd Puad menggesa Zainuddin Maidin mengemukakan bukti ke atas tuduhan bahawa tulisan beliau di dalam Facebook adalah atas arahan Ahmad Shabery.

Sekolah tutup tak halang pelajar teruskan pembelajaran
Penutupan dua buah sekolah di Lahad Datu tidak menghalang pelajar-pelajar daripada meneruskan sesi pembelajaran mereka.

Polis diminta siasat penyebaran Bible ke sekolah
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.

Guru, pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpunan
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.