SUNGAI SIPUT: Seorang pemilik kilang papan di sini dikompaun RM10,000 kerana beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tanpa kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kilang sama juga didapati ingkar perintah tutup oleh mahkamah kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, penemuan itu diperoleh hasil serbuan pihaknya dengan dibantu anggota bomba, di kilang di Salak Baru itu, malam tadi.
"Semasa serbuan dijalankan, pihak polis mendapati terdapat lebih kurang 20 orang sedang bekerja di kilang ini, menjalankan kerja-kerja memotong dan menyusun kayu dan juga papan.
"Polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas lapan warga asing yang sedang leka menjalankan kerja, manakala yang lain berjaya melarikan diri ke dalam semak di bahagian belakang kilang ini," katanya.
Mohd Khaizam yang ditemui selepas operasi tersebut berkata, lapan warga asing itu adalah dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.
Mereka berusia antara 20-an dan 50-an dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan maklumat, kilang tersebut hanya beroperasi mulai jam 6 petang hingga 10 malam kerana sedang dipantau pihak polis dan bomba selepas perintah mahkamah dikeluarkan pada 20 Mei lalu.
Pihak polis akan terus membuat pemeriksaan dan serbuan di kilang-kilang seluruh kawasan Sungai Siput, dari semasa ke semasa sehingga tamat tempoh PKP.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jun 03 2021

Mohd Khaizam berkata, lapan warga asing yang ditahan untuk siasatan lanjut itu adalah dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Sindiket upah tonto tumpas, KPDN rampas 31,000 liter diesel bersubsidi
Hasil pemeriksaan KPDN Perak menemukan dua buah 'skid tank' yang di dalamnya terdapat cecair disyaki minyak diesel.

Lelaki maut dihempap kayu balak
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak dari lori.

COVID-19: 10 pekerja positif, kilang papan lapis dikenakan PKPD
Seramai 40 anggota polis ditempatkan di dua pos kawalan yang dibuka di hadapan pintu kilang bagi mengawal pergerakan keluar masuk.

4,000 bakul makanan diagih kepada keluarga di Gua Musang
4,000 bakul makanan diagihkan kepada keluarga yang tinggal di kawasan setinggan dan kampung tradisional di Gua Musang.

Total Lockdown: Kilang papan beroperasi tanpa kebenaran MITI, pemilik dikompaun
Kilang sama juga didapati ingkar perintah tutup oleh mahkamah kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran dikeluarkan JBPM.

58 pintu rumah kongsi terbakar
Sebanyak 58 pintu rumah kongsi kilang papan di Batu 10, Jalan Tungku di Lahad Datu, Sabah musnah terbakar pada Khamis.

Lesen 17 kilang papan dibatalkan
17 kilang papan yang tidak beroperasi melebihi dua tahun di Terengganu telah dibatalkan.