KUALA KANGSAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris di sebuah kilang papan, di Kampung Chuar Hulu, Sauk, di sini, semalam.
Menurut Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail, pihaknya menyita 31,000 liter diesel bersubsidi dengan nilai rampasan keseluruhan RM101,400, selepas menyerbu premis terbabit.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN pada jam 10.30 pagi.
Katanya, maklumat risikan mendapati, sindiket itu juga dipercayai mengupah 'tonto' bagi memastikan aktiviti mereka beroperasi tanpa disedari oleh pihak berkuasa.
Kamalludin berkata, hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemukan dua buah 'skid tank' yang di dalamnya terdapat cecair disyaki minyak diesel.
"Turut ditemui dua kenderaan, sebuah lori loader lima tan dan van yang telah diubah suai dengan meletakkan tangki lain selain tangki asal lori tersebut.
"Bagaimanapun pemilik premis tiada di tempat kejadian semasa serbuan.
"Kesemua kenderaan, peralatan penyedut minyak dan cecair yang disyaki minyak diesel dengan anggaran sebanyak 31,000 liter telah disita," katanya kepada pihak media semalam.
Katanya, beliau percaya sindiket tersebut membeli diesel di beberapa stesen minyak sekitar Kuala Kangsar dengan harga subsidi secara berulang, kemudian mengumpul dan menyimpannya di dalam tangki sebelum dijual kepada pihak industri.
"KPDN juga akan melakukan siasatan lanjut ke atas stesen minyak yang berkaitan dan akan mengambil tindakan jika didapati terlibat dalam penyelewengan ini," tambahnya.
Menurut Kamalludin, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Beliau turut menyarankan masyarakat agar menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat khususnya mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti itu ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan mengelakkan berlaku ketirisan subsidi kerajaan melalui saluran berikut:
i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
ii. Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. Emel e-aduan@kpdn.gov.my
Aida Aziz
Wed May 17 2023
KPDN Perak turut menemui sebuah lori loader lima tan ketika menjalankan serbuan Op Tiris di sebuah premis di Kampung Chuar Hulu, Sauk, Kuala Kangsar, semalam. - Foto KPDN Perak
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Seleweng minyak diesel: Dua lelaki, lori tangki ditahan, nilai sita lebih RM400,000
Suspek mengunakan lori tangki yang disyaki telah diubahsuai tangki asal kenderaan dan membeli minyak diesel di stesen sekitar Kampar.
Sindiket upah tonto tumpas, KPDN rampas 31,000 liter diesel bersubsidi
Hasil pemeriksaan KPDN Perak menemukan dua buah 'skid tank' yang di dalamnya terdapat cecair disyaki minyak diesel.
Ditahan ketika pindah diesel haram
Pemeriksaan di premis terbabit menemui 42,000 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng.
KPDNHEP Selangor tumpas aktiviti penyelewengan 55,200 liter diesel bersubsidi
KPDNHEP Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sebanyak 55,200 liter di sebuah stor di Jalan Johan Setia, hari ini.