KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sebanyak 55,200 liter di sebuah stor di Jalan Johan Setia di sini, hari ini.
Pengarah KPDNHEP Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata hasil serbuan tujuh pegawai kementerian itu mendapati lapan tangki gelongsor, empat lori dan empat badan tangki lori ditemukan di premis itu kira-kira pukul 8 pagi.
"Hasil pemeriksaan dan pemantauan menunjukkan terdapat aktiviti pembelian diesel daripada stesen minyak oleh kenderaan bermotor jenis lori dan disyaki berlaku aktiviti penghantaran dan penyimpanan di lokasi sasaran serbuan.
Hasil serbuan, tiga lelaki tempatan berusia antara 25 dan 41 tahun ditahan semasa serbuan. Rakaman percakapan untuk keperluan siasatan diambil dan (mereka) telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya selain diesel, lori dan tangki, KPDNHEP turut menyita peralatan yang digunakan bagi kerja-kerja pemindahan diesel dengan nilai keseluruhan kira-kira RM605,000.
Mohd Khairi berkata premis yang diserbu juga didapati tidak mempunyai lesen sah atau apa-apa dokumen kebenaran dari pengawal bekalan untuk menjalankan urusan barang kawalan bersubsidi diesel.
"Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 antaranya Seksyen 21 dan 20(1), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau menegaskan KPDNHEP tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Ketua Penguatkuasa merangkap Timbalan Pengarah KPDNHEP Selangor Mohd Khairi Jamaludin bersama pegawainya memeriksa tangki penyimpanan minyak diesel tidak sah yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di Johan Setia Klang hari ini. - Foto BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

KPDNHEP Selangor tumpas aktiviti penyelewengan 55,200 liter diesel bersubsidi
KPDNHEP Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sebanyak 55,200 liter di sebuah stor di Jalan Johan Setia, hari ini.

Ops Pantau: KPDNHEP Selangor keluarkan 51 kompaun
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sebanyak 51 kompaun kepada peniaga dalam Ops Pantau di sekitar negeri ini sejak 3 April lepas.

Harga purata ayam dijual antara RM8.50 ke RM9.50 sekilogram di Selangor
Harga purata itu adalah hasil daripada semakan semula dan perubahan harga yang dibuat peniaga semasa pemeriksaan penguatkuasaan.

KPDNHEP Selangor sita barang tiruan jenama mewah bernilai RM10 ribu
Hasil serbuan mendapati terdapat penjualan pelbagai jenis pakaian dan beg berjenama Puma, Burberry, Michael Kors dan Tommy Hilfiger.