KAMPAR: Dua lelaki ditahan setelah dipercayai terbabit dalam aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan minyak diesel bersubsidi dengan nilai sitaan lebih RM400,000 di hadapan bengkel lori, di Jalan Degung, di sini pada Selasa.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan tangkapan itu merupakan hasil risikan penguat kuasa KPDN Perak selama dua minggu, yang dilaporkan oleh orang awam.
Katanya, modus operandi sindiket tersebut adalah mengunakan lori tangki yang disyaki telah diubahsuai tangki asal kenderaan dan membeli minyak diesel di stesen minyak sekitar Kampar.
Setelah itu, mereka akan bergerak ke suatu lokasi terpencil dan menjualnya terus kepada lori tangki pembeli dan aktiviti itu dilakukan awal pagi bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
"Seawal jam 6.20 pagi pada Selasa, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak melaksanakan operasi pemeriksaan melalui Ops Tiris 2.0.
"Risikan dilakukan dengan menjejak lori tangki tersebut sehingga pasukan menemui dua lori tangki disyaki sedang melakukan aktiviti jual beli minyak diesel melalui pemindahan dari tangki ke tangki lori berkenaan di hadapan sebuah bengkel lori.
"Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua lori tangki tersebut menemui anggaran sebanyak 13,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel.
"Dua pemandu lelaki tempatan berumur 25 dan 32 tahun yang ditemui di tempat kejadian telah ditahan untuk siasatan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ujarnya lagi, pemandu lori gagal mengemukakan sebarang lesen Control Supply Act (CSA) bagi borong, runcit atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel apabila diminta.
Sehubungan itu katanya, cecair yang disyaki minyak diesel dengan anggaran 13,000 liter dan dua lori tangki telah disita.
Selain itu, nilai sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM428,450.
Kamalludin berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Beliau juga menyarankan masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti ini ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan melalui saluran berikut: WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, e-aduan.kpdn.gov.my, call centre 1-800-886-800,e-aduan@kpdn.gov.my dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.
Aida Aziz
Wed Sep 20 2023
Kamalludin ketika melakukan pemeriksaan ke atas lori tangki yang telah diubahsuai tangki asal kenderaan. - Foto KPDN Perak
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seleweng minyak diesel: Dua lelaki, lori tangki ditahan, nilai sita lebih RM400,000
Suspek mengunakan lori tangki yang disyaki telah diubahsuai tangki asal kenderaan dan membeli minyak diesel di stesen sekitar Kampar.
Sindiket upah tonto tumpas, KPDN rampas 31,000 liter diesel bersubsidi
Hasil pemeriksaan KPDN Perak menemukan dua buah 'skid tank' yang di dalamnya terdapat cecair disyaki minyak diesel.
Ditahan ketika pindah diesel haram
Pemeriksaan di premis terbabit menemui 42,000 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng.
KPDNHEP Selangor tumpas aktiviti penyelewengan 55,200 liter diesel bersubsidi
KPDNHEP Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sebanyak 55,200 liter di sebuah stor di Jalan Johan Setia, hari ini.