GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini pada Isnin.
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak dari lori menggunakan kaedah yang biasa iaitu membuka empat rantai dan 'chain-lock' kecuali bahagian tengah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati selepas membuka 'chain lock' mangsa telah pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai terbabit.
"Perbuatan tersebut telah menyebabkan sebatang balak telah jatuh lalu menghempap badan mangsa.
"Rakannya yang berada di lokasi kemudiannya telah membawa mangsa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, siasatan polis di tempat kejadian mendapati bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku.
"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian mangsa ialah 'massive blood loss secondary'.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023

Seorang lelaki maut dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang pada Isnin. - Sinar Harian
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.
70 calon bakal berentap dalam CEC DAP
Sebanyak 70 calon akan berentap merebut 30 tempat dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang akan berlangsung pada Ahad di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, Selangor.
Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Ketua kumpulan militan Daesh di Iraq telah terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh Pasukan Perisikan Kebangsaan Iraq dengan kerjasama tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat.
AS isytihar Duta Afrika Selatan Persona Non Grata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengisytiharkan Duta Afrika Selatan ke A.S, Ebrahim Rasool sebagai persona non grata, pada Jumaat.

Anda kini boleh kongsi lokasi sendiri dengan pengguna lain melalui Google Find My Device
Google Find My Device kini berfungsi seperti Apple Find My, membolehkan pengguna Android menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain.

Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Suspek yang terbunuh dikenal pasti sebagai Abdallah Maki Mosleh al-Rifai atau lebih dikenali sebagai "Abu Khadija."

Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – Saifuddin Nasution
Di bawah program itu, warga asing yang melakukan kesalahan hanya perlu tampilkan diri dan membayar kompaun sebelum dihantar pulang.
Polis tahan 13 warga Nepal cuba merusuh di jalan raya
Polis menahan 13 warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang kerana disyaki cuba mencetuskan rusuhan di Changkat Jong, Teluk Intan, selepas satu kemalangan maut langgar lari melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepal. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan kejadian ini.

Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Wanita dihempap kayu balak stabil
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Selasa lepas, kini dilaporkan stabil.

Wanita nyaris maut dihempap kayu balak
Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Lelaki maut dihempap kayu balak
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak dari lori.