KOTA BHARU: Mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas dihempap kayu balak terjatuh daripada lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di Gua Musang pada 9 Julai lalu terpaksa ditidurkan semula pada Jumaat.
Kakaknya, Roslinda Jusoh, 40, berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
"Sebelum ditidurkan pada jam 3 petang itu, dia ada mengadu sakit kepada kami.
"Kami berharap dia segera pulih dan memohon orang ramai mendoakan Siti Norelyana," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurut Roslinda, ahli keluarganya sentiasa melawat Siti Norelyana di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Sinar Harian pada Rabu melaporkan mangsa yang mengalami kecederaan parah selepas dihempap kayu balak terjatuh daripada lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di Gua Musang pada 9 Julai lalu sudah sedarkan diri serta boleh bercakap sejak Isnin.
Tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, ketika dihubungi memaklumkan Siti Norelyana kini sudah tidak memerlukan bantuan alat pernafasan lagi selepas ditidurkan selama lima hari.
Bagaimanapun dia masih berada di ICU (unit rawatan rapi) dan masih dalam pengawalan pihak doktor.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata, 'turn-table' patah menjadi punca kepada sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik lalu menghempap motosikal yang ditunggangi wanita terbabit.
Pada masa sama kayu balak itu turut mengenai sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berhenti di persimpangan itu semasa lampu isyarat mereka.
Ia berdasarkan maklumat siasatan awal yang diperoleh, bagaimanapun pemandu treler dan kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 21 2024

Siti Norelyana hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, pada 9 Julai lalu. - Gambar fail

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Dua ekor lembu golek hidangan istimewa 'Iftar on the road'
Lembu golek jadi menu istimewa berbuka puasa kepada pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas sempena program 'Iftar on the road.'
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.
70 calon bakal berentap dalam CEC DAP
Sebanyak 70 calon akan berentap merebut 30 tempat dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang akan berlangsung pada Ahad di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, Selangor.
Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Ketua kumpulan militan Daesh di Iraq telah terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh Pasukan Perisikan Kebangsaan Iraq dengan kerjasama tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat.
AS isytihar Duta Afrika Selatan Persona Non Grata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengisytiharkan Duta Afrika Selatan ke A.S, Ebrahim Rasool sebagai persona non grata, pada Jumaat.

Anda kini boleh kongsi lokasi sendiri dengan pengguna lain melalui Google Find My Device
Google Find My Device kini berfungsi seperti Apple Find My, membolehkan pengguna Android menjadi nod carian untuk peranti atau objek pengguna lain.

Ketua Daesh di Iraq dan Syria terbunuh dalam operasi tentera pakatan
Suspek yang terbunuh dikenal pasti sebagai Abdallah Maki Mosleh al-Rifai atau lebih dikenali sebagai "Abu Khadija."

Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Wanita dihempap kayu balak stabil
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Selasa lepas, kini dilaporkan stabil.

Wanita nyaris maut dihempap kayu balak
Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Lelaki maut dihempap kayu balak
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak dari lori.