Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.
Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.
"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.
Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
"Saya pun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.
Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.
Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.
Bernama
Thu Dec 26 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.

Jepun catat Oktober terpanas dalam sejarah
Jepun mencatatkan suhu Oktober paling panas dalam sejarah sejak rekod suhu bermula pada 1898.

Banjir besar melanda bandar Wajima di Jepun
Air banjir melimpah sepanjang jalan raya di bandar Wajima, Jepun apabila hujan lebat melanda di negeri itu pada Sabtu.

Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi
Agensi itu akan mengeluarkan maklumat penjelasan mengenai gempa bumi berhampiran Palung Nankai setiap petang sehingga Khamis.

Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 pada Khamis menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, menurut agensi cuaca.

Agensi cuaca Jepun keluar amaran tsunami
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Isnin mengeluarkan amaran tsunami di beberapa lokasi susulan kejadian dua gempa bumi, lapor Xinhua.

Taufan Yun-yeung hampiri timur Jepun
Ribut Tropika Yun-yeung membawa hujan lebat serta petir di kawasan timur dan utara Jepun hingga Sabtu.

Taufan Lan bergerak hampiri Kepulauan Ogasawara Jepun
Agensi cuaca Jepun pada Sabtu meramalkan bahawa Taufan Lan yang kini bergerak ke utara berhampiran Kepulauan Ogasawara Jepun, boleh menghampiri timur dan barat Jepun sekitar Selasa.

Taufun Khanun kini menuju ke wilayah Okinawa, Amami Jepun
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata taufan Khanun yang sangat kuat dijangka menghampiri wilayah barat daya Okinawa dan Amami di negara itu pada Isnin hingga Selasa.

161 lokasi di Jepun catat suhu lebih 35 darjah Celsius
Sehingga 3 petang, 161 lokasi di seluruh negara mencatatkan suhu 35 darjah atau lebih tinggi iaitu hari yang "amat panas", menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).