TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Isnin mengeluarkan amaran tsunami di beberapa lokasi susulan kejadian dua gempa bumi, lapor Xinhua.

Tsunami boleh mencapai ketinggian satu meter di Kepulauan Izu, Kepulauan Ogasawara, dan wilayah Kochi, Chiba, Miyazaki dan Kagoshima, menurut JMA.

Amaran itu merupakan tahap paling rendah dalam sistem amaran tsunami tiga peringkat negara, orang ramai dinasihati menjauhi pantai dan sungai sambil berwaspada terhadap kemungkinan tsunami.

Pada pagi Isnin, gempa bumi berukuran 3.5 turut melanda utara wilayah Wakayama, menurut JMA.

Gegaran itu berlaku pada 8.18 pagi waktu tempatan pada kedalaman 70 km, pada 34.1 darjah utara dan 135.5 darjah timur.

-- BERNAMA