TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Sabtu meramalkan bahawa Taufan Lan yang kini bergerak ke utara berhampiran Kepulauan Ogasawara Jepun, boleh menghampiri timur dan barat Jepun sekitar Selasa, lapor Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan setakat 6 pagi Sabtu, taufan itu bergerak perlahan ke barat laut 150 kilometer ke utara Pulau Chichijima.

Ribut itu dijangka terus menuju ke barat laut, manakala hujan lebat dijangka melanda timur dan barat Jepun mulai Isnin.

Dalam tempoh 24 jam hingga pagi Selasa, curahan hujan sehingga 300 milimeter dijangka di wilayah Tokai, 200 milimeter di Kinki, 150 milimeter di Shikoku, dan 100 milimeter di Kanto-Koshin dan Kepulauan Izu, menurut agensi itu.

--BERNAMA-XINHUA