Reuters mengesahkan rakaman kejadian lokasi dan tarikh rakaman berdasarkan metadata fail asal.
Rakaman tersebut turut menunjukkan beberapa kenderaan terperangkap dan tenggelam akibat air yang bergelora.
Dalam pada itu, hujan lebat terus turun di beberapa kawasan lain di Jepun.
Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran kecemasan susulan hujan di beberapa wilayah Ishikawa yang mencecah tahap tertinggi dalam skala amaran agensi dari satu hingga lima.
Amaran dikeluarkan meliputi bandar Wajima, Suzu dan pekan Noto manakala pegawai agensi mengeluarkan amaran tentang kemungkinan berlaku banjir dan tanah runtuh.
Sementara itu, beliau menyeru penduduk di kawasan terjejas untuk mengambil tindakan keselamatan segera.