TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata taufan Khanun yang sangat kuat dijangka menghampiri wilayah barat daya Okinawa dan Amami di negara itu pada Isnin hingga Selasa.
Taufan Khanun sedang bergerak merentasi laut di selatan Jepun dan menuju ke utara-barat laut pada kelajuan 15 kilometer sejam setakat 7 pagi waktu tempatan pada Isnin.
Menurut Xinhua, ribut itu yang mempunyai tekanan atmosfera tengah 960 hektopascal, membawa angin sehingga 144 kilometer sejam sehingga 198 kilometer sejam.
Agensi itu berkata angin sehingga 90 kilometer sejam dijangka melanda Okinawa dan sehingga 72 kilometer sejam di Amami pada Isnin.
Pegawai cuaca meramalkan ribut akan terus bergerak ke utara dan secara beransur-ansur mengubah arah ke barat dan menghampiri wilayah Okinawa dan Amami hingga Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Taufan Khanun sedang bergerak merentasi laut di selatan Jepun dan menuju ke utara-barat laut pada kelajuan 15 kilometer sejam setakat 7 pagi waktu tempatan pada Isnin. -AccuWeather

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Banjir di wilayah timur Rusia, darurat diisytihar
Jumlah kediaman yang ditenggelami air telah meningkat kepada 4,620 manakala lebih 2,500 individu telah dipindahkan berikutan keadaan yang teruk.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Khanun badai sebahagian Jepun, 350 penerbangan dibatalkan
Taufan Khanun melanda wilayah Kagoshima dan Kumamoto di barat daya Jepun pada Rabu dan kini bergerak ke arah utara.

Ribut tropika: 20,000 penduduk di barat daya Jepun dinasihat berpindah
Kira-kira 20,000 penduduk di wilayah Kagoshima dan di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun dinasihatkan supaya berpindah susulan ribut tropika dijangka membadai wilayah itu.

Taufan Khanun: Lebih 30,000 pengakap tinggalkan Saemangeum
Kira-kira 36,000 ahli pengakap meninggalkan Saemangeum, lokasi 25th World Scout Jamboree, empat hari lebih awal daripada dijadual.

Hujan lebat akibat Taufan Khanun landa Taiwan
Hujan lebat susulan Taufan Khanun di bahagian pergunungan Taiwan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di daerah Nantou pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Khanun badai Okoniwa, Jepun ragut dua nyawa, 61 cedera
Taufan Khanun yang membawa ribut hujan membadai wilayah Okinawa, Jepun pada Rabu, menyebabkan dua lagi kematian pada Khamis, lapor Xinhua.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Taufan Khanun: Lebih 500 penerbangan dibatalkan di selatan Jepun
Penerbangan yang menghubungkan Lapangan Terbang Naha di pulau Okinawa dan Kagoshima di bahagian selatan Pulau Kyushu dengan bahagian lain di negara itu telah dibatalkan.